MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 08/07/2025 | 15:58 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 8 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 8 Julai 2025.


1. Lantikan hakim patuhi Perlembagaan, desakan tubuh RCI dianggap spekulatif - Jabatan Peguam Negara

abatan Peguam Negara (AGC) menegaskan, proses pelantikan hakim di peringkat atasan dilakukan mengikut lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan.



2. Tragedi Sungai Korok: "Saya tidak mampu menahan sebak ketika satu persatu mayat dikeluarkan" - Anggota PPDA

"Saya tidak dapat menahan sebak, tiba-tiba air mata membasahi pipi apabila satu persatu jasad mangsa dibawa keluar dari dalam kereta.”


3. Ada penunggang basikal masuk lorong kiri, halang laluan bas - Rapid Bus

Rapid Bus Sdn Bhd telah menjalankan siasatan berhubung satu rakaman video tular di media sosial yang memaparkan insiden membabitkan sebuah bas perantara MRT dan sekumpulan penunggang basikal di ibu negara.


4. MITI akan adakan sidang media esok mengenai tarif terkini AS - Tengku Zafrul

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan mengadakan sidang media berkenaan kadar tarif balas terkini sebanyak 25 peratus yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport Malaysia, kata Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.


5. 'Nak selesai jenayah di Malaysia, selesai dulu isu dadah’ - Saifuddin

Data dan statistik Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dianalisis semula menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) membuktikan kebanyakan kes jenayah di negara ini berpunca daripada isu dadah.


6. Letupan paip gas Putra Heights: Amirudin beri penjelasan isu jengkaut, dakwaan PBT tidak ikut SOP

Insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lepas bukan disebabkan oleh jengkaut yang melakukan kerja-kerja pengorekan dan seterusnya mengakibatkan kebakaran besar, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu hari ini.


7. Isu teknikal punca paparan graf penggunaan elektrik pada Julai tidak tepat - TNB

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan terdapat isu teknikal sehingga menjadi punca paparan graf penggunaan elektrik pada Julai dalam aplikasi myTNB tidak tepat.


8. Lembaga pengarah, pengurusan SRC bertanggungjawab urus niaga - Peguam

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa segala urus niaga dalam SRC International Sdn Bhd adalah di bawah tanggungjawab lembaga pengarah serta pengurusan syarikat pelaburan strategik berkenaan.


9. Sedia hadapi impak tarif AS, Pulau Pinang minta kerajaan teruskan rundingan - Chow

Kerajaan perlu meneruskan libat urus dengan Amerika Syarikat (AS) bagi membincangkan kadar tarif lebih rendah susulan tindakan Washington mengenakan tarif balas 25 peratus ke atas eksport Malaysia.


10. ASEAN perlu terus bersatu untuk pastikan Asia Tenggara bebas senjata nuklear - Mohamad Hasan

ASEAN perlu terus bersatu dalam komitmennya ke arah memastikan Asia Tengara bebas daripada senjata nuklear khususnya ketika mendepani ketidaktentuan keselamatan global yang semakin meningkat dan kebangkitan semula ancaman membabitkan senjata nuklear.


#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI