MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 10/07/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 10 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 10 Julai 2025.


1. Tun Mahathir genap 100 tahun, Anwar titip doa dan penghargaan

Anwar turut menyatakan harapannya agar bekas perdana menteri itu terus dikurniakan kekuatan tubuh dan ketenangan jiwa dalam menjalani kehidupan yang penuh makna.



2. Akaun palsu guna AI papar wajah, suara Agong dikesan - RPO

Video berkenaan disebarkan menerusi platform Facebook dengan menampilkan suara Seri Paduka Baginda, kononnya berkaitan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan kepada orang ramai.


3. CAAM sah helikopter PDRM bawa juruterbang, 4 penumpang terbabit kemalangan di Johor

Lima termasuk juruterbang helikopter jenis AS355N milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) disahkan selamat selepas pesawat itu terbabit dalam kemalangan berhampiran Sungai Pulai, Gelang Patah, Johor, pada Khamis.


4. Pelantikan hakim mahkamah atasan perlu cermat, elak dipolitikkan - Istana Negara

Pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan merupakan urusan kenegaraan yang penting dan perlu ditangani dengan cermat serta berintegriti, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, menurut Istana Negara.


5. MOT tambah 10,000 kuota MyLesen B2 tahun ini

Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menambah 10,000 kuota baharu untuk Program MyLesen B2 dengan peruntukan RM3.5 juta bagi tahun ini.


6. Ulang tahun ke-100: Tun Mahathir ingin lihat Malaysia kembali jadi 'Asian Tiger'

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ingin melihat Malaysia kembali menjadi 'Asian Tiger' dan berkeyakinan ia boleh dicapai jika segala kekayaan dan sumber negara dimanfaatkan sepenuhnya.


7. Tarif AS: Malaysia ada sebulan untuk rundingan lanjut, yakin diberi pertimbangan wajar - Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia masih mempunyai ruang untuk rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif 25 peratus yang dikenakan kepada negara ini.


8. KPM garis tujuh langkah tangani beban tugas guru

Kementerian Pendidikan (KPM) telah menggariskan tujuh langkah bagi mengurangkan beban tugas guru termasuk memansuhkan acara tidak berimpak tinggi dan melantik orang awam sebagai pengawas peperiksaan.



9. KBS tetap laksana had umur belia pada 1 Januari - Hannah

Ketetapan had umur 30 tahun bagi belia di negara ini yang berkuat kuasa 1 Januari tahun depan tetap dilaksanakan selepas ditunda sebanyak dua kali, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.



10. KIK PDRM transformasi ke arah pendigitalan

Projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mentransformasikan keupayaan warga polis ke arah pendigitalan dalam meningkatkan kecekapan organisasi sekali gus menyantuni masyarakat menerusi perkhidmatan lebih berkesan.




#berita pilihan #tempatan #Istana Negara #PDRM