MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 12 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 12 Julai 2025.
1. Awas akaun TikTok palsu Menteri KDN tawar bantuan kewangan
Pejabat Menteri Dalam Negeri hari ini menafikan kewujudan beberapa akaun TikTok yang menggunakan nama dan gambar Saifuddin kononnya untuk menawarkan bantuan kewangan kepada orang ramai.
2. Polis siasat dakwaan unsur syirik, tarian bogel dalam program motivasi rumah tangga
Polis dan JAIS sedang siasat program motivasi yang didakwa ada unsur syirik dan kelakuan tidak bermoral.
3. FRIM FPS disenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO
Perkara berkenaan diputuskan 21 ahli Negara Anggota Jawatankuasa Warisan Dunia, setelah usaha pencalonan tapak itu bermula sejak 2013.
4. Projek HHFS: Tasik Kenyir bakal muncul sebagai hab hidrogen hijau, tumpuan pelabur - PM
Malaysia memperkukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju tenaga hijau serantau dengan pelancaran Projek Solar Terapung Hibrid Hidro (HHFS) dan Hab Hidrogen Hijau di Terengganu, pada Sabtu.
5. BN sedia hadapi PRN Melaka, tidak tolak bertanding secara solo - Mohamad
BN sedang siap siaga untuk berdepan pilihan raya Negeri (PRN) Melaka termasuk kemungkinan parti itu akan bergerak solo dalam 'peperangan' itu.
6. Polis sekat pasport sami warga India didakwa cabul pelakon
Polis menyekat pasport seorang sami warga India yang disyaki mencabul seorang pelakon tempatan dalam kejadian sebuah kuil di Bandar Baru Salak Tinggi, di Sepang.
7. Pemimpin akar umbi UMNO digesa perjelas kerjasama Kerajaan Perpaduan - Mohamed Khaled
Para pemimpin dan ketua cawangan UMNO digesa supaya terus memainkan peranan memberi penerangan kepada ahli-ahli akar umbi mengenai keperluan serta kepentingan penyertaan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan yang dibentuk pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
8. KKM tidak mampu tangani isu penghijrahan doktor bersendirian - Dzulkefly
Cabaran penghijrahan bakat dalam sektor penjagaan kesihatan negara bukanlah satu isu yang mampu ditangani secara bersendirian oleh Kementerian Kesihatan (KKM) kerana ia memerlukan kerjasama rentas agensi serta komitmen bersama untuk merangka penyelesaian jangka panjang, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
9. Pertemuan dengan Ahli Parlimen BN untuk jelaskan isu semasa - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pada Jumaat adalah untuk menjelaskan beberapa isu semasa.
10. Dzulkefly terbuka terima pandangan, sedia jelaskan semua isu KKM
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad terbuka menerima pandangan dan bersedia memberi penjelasan ke atas apa jua isu membabitkan Kementerian Kesihatan (KKM).