MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 16/07/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 16 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 16 Julai 2025.


1. Agong kurnia penghargaan kepada Zailani Hashim

Jawatan Datuk Pengelola Bijaya Diraja kini disandang oleh Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkuat kuasa 1 Julai lepas.



2. Akta Orang Asli 1954 dipinda, kerajaan lihat pendekatan Maori di New Zealand - Ahmad Zahid

Antara elemen utama yang diperkenalkan oleh kerajaan New Zealand dan berpotensi disesuaikan di Malaysia ialah hak pemilikan tanah dan akses pendidikan yang lebih inklusif.


3. Imigresen kesan pusat judi dalam talian di pangsapuri, 496 PATI ditahan

Siasatan awal mendapati ketiga-tiga unit kediaman yang dijadikan pusat judi itu didaftarkan atas nama tiga individu warga tempatan.


4. Amy Search tampil buat 'covering report' - Polis

Penyanyi Datuk Amy Search hadir ke IPD Shah Alam di sini pada Selasa bagi membuat laporan berkaitan kes yang dipercayai dikaitkan dengan selebriti Shila Amzah.


5. Polis sahkan wujud aktiviti bogel dalam program motivasi anjuran eHati

Polis mengesahkan siasatan mendapati berlaku aktiviti berbogel dalam sebuah program motivasi rumah tangga anjuran syarikat dikenali sebagai eHati.


6. Kes program motivasi rumah tangga songsang: Pengasas eHati antara 6 direman

Pasangan suami isteri termasuk pengasas syarikat eHati bersama empat individu lain direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penganjuran program motivasi dipercayai songsang.


7, Keselamatan negara, pelantikan hakim antara fokus Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269

Isu keselamatan negara, pelantikan hakim dan pengharaman vape antara perkara dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269, yang berlangsung di Istana Negara hari ini.


8. Forum al-Falah MADANI diperluas ke seluruh negara - Mohd Na'im

Forum al-Falah MADANI akan diperluas ke seluruh negara sebagai platform libat urus strategik antara agensi agama dan masyarakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.


9. 16 tahun tragedi Teoh Beng Hock, SPRM ambil langkah penambahbaikan - Azam

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil pelbagai langkah penambahbaikan untuk memastikan kebajikan individu yang tampil membantu siasatan sentiasa terpelihara.


10. Kerajaan sentiasa pastikan sebarang perjanjian akan sokong pembaharuan ekonomi - Zafrul

Pendekatan rundingan kerajaan sentiasa memastikan bahawa sebarang persetujuan yang dicapai menyokong pembaharuan ekonomi negara dan strategi pertumbuhan mampan.






#berita pilihan #tempatan #judi dalam talian #Orang Asli