MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 20 Julai 2025.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali meletakkan jawatan seperti didesak oleh segelintir pihak, selagi tidak terbabit dengan penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa.
Keputusan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin dibebas atau diperintah membela diri atas satu kes pengabaian kanak-kanak autisme, akan diputuskan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, pada Isnin.
Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah menyuarakan harapan agar pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekalkan demi menjamin kesinambungan pembangunan Islam dan kestabilan ekonomi negara.
Seramai 90 individu telah dirakam keterangan berhubung siasatan yang dijalankan melibatkan program motivasi rumah tangga eHati setakat ini.
Tiada unsur sabotaj atau serangan siber dikesan setakat ini sebagai punca gangguan sistem pagar automatik (autogate) untuk pelawat asing, kata Ketua Pengarah (KP) Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Kebakaran hutan dan belukar yang dilaporkan sejak beberapa hari lepas dipercayai berpunca daripada perbuatan manusia, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad.
Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan penjawat awam untuk tidak menyertai acara himpunan yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada Sabtu ini.
Ahli-ahli UMNO di semua peringkat perlu segera menghentikan budaya 'politik sate' jika mahu parti itu kembali kuat dan memenangi undi rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Sebanyak 20 pelajar tahfiz dan empat ustaz Mahaad Tahfiz Husnul Khotimah di Semerah Padi dekat sini, berjaya menyelamatkan diri selepas bahagian bumbung bangunan tahfiz struktur jenis kekal terbakar petang Ahad.
10. Jerebu rentas sempadan: Malaysia berpeluang pimpin amalan perladangan bertanggungjawab - Greenpeace
Greenpeace Malaysia menyeru kerajaan Malaysia mengambil peluang sebagai Pengerusi ASEAN untuk memimpin usaha serantau dalam menangani isu jerebu rentas sempadan dan menggalakkan amalan perladangan yang bertanggungjawab.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami