MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 Julai 2025.
Pihak pembangkang dan penyokongnya dibenarkan berhimpun secara aman di ibu kota tanpa gangguan, tanpa kekerasan.
Langkah itu penting bagi memastikan subsidi kerajaan yang besar hanya dinikmati oleh rakyat tempatan,
Inisiatif itu penting bagi memastikan industri teksi terus relevan dan berdaya saing, selain mencerminkan imej negara kepada pelancong.
Tujuh jenis perusahaan sosial diperkenalkan dan dijangka beroperasi bermula September tahun ini menerusi gerakan Ayuh Malaysia 2025 bagi menjamin kebajikan ekonomi serta sosial masyarakat.
Peruntukan tambahan RM300 juta untuk program Jualan Rahmah MADANI membuka peluang kepada lebih ramai masyarakat memiliki barangan dengan harga rendah termasuk penduduk di kawasan luar bandar.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhasrat menambah baik ekosistem pengurusan royalti di negara ini bagi memastikan rezeki daripada karya bakat terus dinikmati oleh karyawan muzik.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, D Devakshean, mencipta sejarah apabila berjaya mengenal pasti 65 mata wang pelbagai negara dalam tempoh satu minit, sekali gus melayakkan namanya disenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR).
Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih menunggu laporan penuh berhubung siasatan kes pegawai penguat kuasa yang disyaki bersubahat dalam kegiatan 'pasport terbang' ketika bertugas di kaunter sempadan negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu rakyat menilai usaha dan dasar kerajaan berdasarkan fakta dan bukan dipengaruhi sentimen politik.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk terus berpegang pada seruan islah mastata'tum, iaitu berusaha melakukan perubahan dengan sedaya upaya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami