MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 28 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 28 Julai 2025.
1. Agong kurnia surat cara pelantikan Ketua Hakim Negara kepada Wan Ahmad Farid
Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh di Istana Negara.
2. Kerajaan perincikan pengecualian SST untuk lindungi sektor pembinaan
Pengecualian tersebut merangkumi perkhidmatan pembinaan bagi bangunan kediaman dan kemudahan awam seperti rumah ibadah, tandas awam dan taman rekreasi.
3. Kastam Kelantan rampas bunga ganja bernilai lebih RM10 juta di Rantau Panjang
Kesemua suspek yang ditahan adalah rakyat tempatan berusia antara 30 hingga 45 tahun.
4. Bank Negara semak semula unjuran KDNK 2025 pada 4.0-4.8 peratus
Unjuran mengambil kira senario tarif yang pelbagai, merangkumi senario kemungkinan kenaikan tarif yang berterusan serta hasil rundingan perdagangan yang lebih menggalakkan.
5. Chegubard ditahan polis bantu siasatan Himpunan Turun Anwar - Peguam
Dia dilaporkan ditahan pihak polis di kediamannya hari ini bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Turun Anwar yang diadakan pada Sabtu lalu.
6. Mesyuarat khas berjaya, Thai-Kemboja setuju gencatan senjata serta-merta
Thailand dan Kemboja mencapai persefahaman untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat mulai tengah malam ini.
7. Pemerkasaan wanita perlu melangkaui sektor formal - Dr Wan Azizah
Peranan wanita dalam sektor tidak formal khususnya suri rumah dan penjaga keluarga perlu diiktiraf dan dihargai setimpal dengan sumbangan mereka kepada masyarakat dan negara, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
8. Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) 2025
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Racun (Pindaan) 2025 bagi memperkasakan penguatkuasaan terhadap aktiviti haram melibatkan penyalahgunaan racun dan bahan psikotropik.
9. KESUMA perkasa TVET dengan elemen AI hadapi Revolusi Industri 4.0
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) komited memperkasa pembangunan modal insan negara dengan menawarkan kursus kemahiran yang membantu pekerja mempersiapkan diri menghadapi keperluan pasaran kerja semasa dan masa hadapan, selari dengan kehendak Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).
10. Maxim, InDrive diberi amaran tegas patuhi syarat perkhidmatan - Loke
Dua syarikat pengendali e-hailing, Aist Malaysia Sdn Bhd (Maxim) dan ID Applications Sdn Bhd (InDrive) diberikan amaran tegas supaya mematuhi syarat perkhidmatan termasuk aspek keperluan Permit Kenderaan E-Hailing (EVP) untuk beroperasi di negara ini.