MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 Ogos 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 Ogos 2025.
1. Agong bertemu Putin pada lawatan negara pertama
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin pada majlis sambutan negara di Grand Kremlin Palace di Moscow, hari ini.
2. Peguam sahkan tiga rakaman suara tular adalah Zara Qairina dan ibunya
Peguam Hamid Ismail yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, mengesahkan bahawa rakaman suara berdurasi 44 saat yang tular memaparkan perbualan telefon antara remaja tersebut dan ibunya, Noraidah Lamat adalah tulen.
3. Pemilik Tanah Aina mohon maaf kepada kerajaan Pahang
Pemilik dan pengasas Tanah Aina di Pahang, Puan Seri Shariffa Sabrina Syed Akil Sabri tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri menerusi satu klip video berdurasi tujuh minit 28 saat yang dimuat naik di platform TikTok semalam.
4. Amy Search hantar LOD kepada Shila Amzah
Peguam kepada Datuk Amy Search sudah menghantar notis tuntutan (LOD) kepada penyanyi, Shila Amzah susulan kontroversi tular bulan lalu yang membabitkan mereka.
5. Projek perumahan baharu perlu ikut konsep MADANI - PM Anwar
Semua projek perumahan berskala besar di negara ini perlu dibangunkan mengikut prinsip MADANI, termasuk penyediaan kemudahan pendidikan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
6. Eda Ezrin dibebaskan selepas hampir 9 bulan dalam penjara Narathiwat
Penyanyi terkenal dari Kelantan, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, dibebaskan hari ini selepas hampir sembilan bulan ditahan di Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand.
7. Kes Zara Qairina: AGC pulang semula laporan siasatan awal kepada polis
Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memulangkan semula laporan penuh siasatan awal berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu c kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dilengkapkan sebelum mengambil tindakan lanjut.
8. MCMC siasat penafian Muhyiddin
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan segera menyiasat kenyataan penafian Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin terkait dakwaan mempertahankan hak warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.
9. AGC akan pertahan badan kehakiman daripada serangan tidak wajar - Mohd Dusuki
Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata AGC telah terlibat secara aktif dalam pembaharuan badan kehakiman bagi meningkatkan kebebasan institusi itu dan meningkatkan kecekapan iaitu dua aspek penting untuk mengekalkan keyakinan rakyat.
10. Ketua geng samun rumah, premis perniagaan mati berbalas tembakan
Seorang penjenayah yang disyaki ketua geng samun rumah dan pusat perniagaan ditembak mati dalam Ops Api KL 3/2025 di Jalan Bukit Tunku, Kuala Lumpur, hari ini, menurut Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fadil Marsus.