[TERKINI] Peguam Negara Arah Kubur Zara Qairina Digali Semula – Ikuti Perkembangan Di Sini
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 08/08/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 8 Ogos 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 8 Ogos 2025.


1. Tarif Trump: "Tak salah kritik, tapi..." - Tengku Zafrul bidas Dr Mahathir

Tengku Zafrul menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri sebagai tidak tepat dan mengelirukan, khususnya berkenaan tarif dan eksport produk.



2. Saifuddin jamin kebajikan keluarga Koperal Mohd Hafizul diberi perhatian

PDRM akan menguruskan pengebumian dengan penghormatan, serta memastikan waris menerima bantuan dan ganjaran sewajarnya.


3. Konflik Thai-Kemboja: Usaha Malaysia tidak mungkin tercapai tanpa solidariti rakan ASEAN - PM Anwar

Usaha Malaysia untuk menyelesaikan konflik peperangan di antara Thailand dan Kemboja, sehingga membawa kepada pengekalan gencatan senjata, tidak mungkin tercapai tanpa sokongan negara anggota ASEAN yang lain.


4. Eda Ezrin, Aida Mamat selesai beri keterangan, dibenar pulang - Bukit Aman

Polis mengesahkan penyanyi dikir barat, Wan Norshaheeda Azlin Wan atau Eda Ezrin bersama rakannya Nur Aida Mamat, 33, selesai memberi keterangan di Balai Polis Rantau Panjang, Khamis malam.


5. Malaysia kekal sokong Palestin merdeka tanpa sebarang prasyarat - Mohamad

Malaysia kekal menyokong sepenuhnya pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka tanpa sebarang prasyarat, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.


6. Deklarasi New York: 'Hentikan kekejaman, baru runding' - PM Anwar

Malaysia tidak menyokong sebarang rundingan lanjut berhubung konflik Israel-Palestin melainkan ia didahului dengan penamatan segera kepada pendudukan, keganasan dan pembunuhan beramai-ramai.


7. Tangani Islamofobia dengan hikmah, bukan kemarahan - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Islamofobia harus ditangani berlandaskan ajaran Islam yang mengutamakan hikmah, ilmu dan kefahaman, bukannya melalui cercaan atau tindakan balas bersifat emosional.


8. Tengku Zafrul sah sertai PKR, kini ahli cabang Ampang

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengesahkan bahawa permohonan keahlian beliau menyertai parti PKR telah diterima dua minggu lepas.


9. PM Anwar gesa kerjasama ASEAN diperkukuh untuk depani perubahan geopolitik

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perpaduan ASEAN kini lebih penting berbanding sebelumnya kerana terpaksa berdepan dengan persaingan geopolitik yang semakin sengit, pemecahan ekonomi dan ketidaktentuan global.


10. Barisan tertinggi PDRM digesa tumpu perkara jadi keutamaan, dengar laungan rakyat - KPN

Kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memberi tumpuan kepada perkara yang menjadi keutamaan dalam melaksanakan tugas bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.












#berita pilihan #tempatan #ASEAN #gencatan senjata