Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 12/08/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 12 Ogos 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 12 Ogos 2025.


1. Ketua Penasihat Bangladesh diberi sambutan rasmi di Perdana Putra

Ketibaan beliau pada 9 pagi disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.



2. Polis berjaya rampas cip kasino yang dicuri bernilai RM2 juta

Seorang lelaki telah tampil menyerahkan 200 cip kasino dengan setiap cip bernilai RM10,000 yang dibeli daripada suspek yang merupakan seorang 'junket'.


3. AAIMS25: Malaysia komited tutup jurang AI, perkukuh keupayaan ASEAN

Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan ASEAN bagi membina ekosistem AI yang seimbang.


4. Bapa didakwa 52 pertuduhan sumbang mahram dan rakam gambar bogel anak

Seorang bapa kepada enam anak didakwa atas 52 pertuduhan termasuk melakukan sumbang mahram, amang seksual fizikal dan merakam gambar bogel anak kandungnya.


5. Kes Zara Qairina: Peguam mohon empat perkara terhadap AGC

Pasukan peguam yang mewakili ibu Zara Qairina Mahathir menegaskan empat tindakan yang dimohon kepada Jabatan Peguam Negara (adalah kunci untuk merungkai misteri kes tersebut.


6. AAIMS2025 : Lima tonggak pacu Malaysia ke arah negara AI - PM

Malaysia komited membangunkan ekosistem kecerdasan buatan (AI) yang inklusif, beretika dan selaras dengan nilai bersama, berteraskan lima tonggak utama di bawah Kerangka AI Negara.


7. Isu Jalur Gemilang terbalik: DAP kecam sebarang tekanan terhadap AGC

DAP mengutuk keras tindakan pihak tertentu yang didakwa cuba memberi tekanan secara terbuka kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya mendakwa seorang pekedai di Pulau Pinang yang tersilap memasang bendera Jalur Gemilang secara terbalik di premisnya.


8. 307 pegawai perubatan tetap ditempatkan di Sabah bawah e-Placement Fasa Satu - Dzulkefly

Sebanyak 307 pegawai perubatan lantikan tetap akan ditempatkan di fasiliti kesihatan seluruh Sabah di bawah e-Placement Fasa Satu bagi mengukuhkan perkhidmatan dan mengurangkan beban kerja sedia ada.


9. Kes Zara Qairina: Fadhlina terima memorandum, jamin siasatan dan SOP ketat

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, mengesahkan menerima memorandum daripada sekumpulan aktivis yang menuntut keadilan berhubung kematian pelajar dari Sabah, Zara Qairina Mahathir.


10. Laman Malaysia MADANI medium pendidikan fahami prinsip, aspirasi MADANI - KSN

Laman Malaysia MADANI, sebuah ruang landskap beridentiti nasional yang mengangkat citra negara melalui elemen reka bentuk mencerminkan nilai kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan, dilancarkan di Taman Botani, Putrajaya.



#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI