MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 Ogos 2025.
Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini memerintahkan kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu di Semenyih, Selangor digali semula.
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya perancangan Israel untuk mengambil alih Gaza secara ketenteraan yang disifatkan sebagai usaha menjajah wilayah Palestin secara kekal, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS3) bagi laluan selatan ke Johor Bahru dijangka mula beroperasi Disember tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) di Parlimen pada Februari tahun depan bagi memastikan kelancaran operasi Rapid Transit System (RTS) Link Johor Bahru - Singapura.
Kementerian Pendidikan (KPM) telah memulakan proses siasatan dalaman bagi meneliti semua aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sebuah sekolah di Sabak Bernam berikutan kejadian seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah terbabit.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggali semula kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Syamsul Haris Shamsudin, 22, secepat mungkin bagi menjalankan bedah siasat kedua susulan arahan Mahkamah Tinggi Shah Alam, pada Selasa.
Pelajar Tingkatan Tiga yang dipecayai jatuh dari aras tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam kini sedang ditidurkan selain menerima rawatan lanjut di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa syarikat-pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk meningkatkan lagi pelaburan dalam usaha untuk mengurangkan jurang digital dalam kalangan rakyat.
Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam menguasai teknologi kecerdasan buatan (AI) yang menjadi teras kepada pembangunan modal insan dan daya saing negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gejala buli di Malaysia menjadi isu yang semakin membimbangkan ketika ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami