MALAYSIA
Semua pihak perlu bersatu tangani buli - Nancy Shukri
KUALA LUMPUR: Gejala buli di Malaysia menjadi isu yang semakin membimbangkan ketika ini.
Ringkasan AI
- Gejala buli di Malaysia semakin membimbangkan kerana memberi kesan fizikal, psikologi dan menjejaskan keselamatan masyarakat.
- Menteri Datuk Seri Nancy Shukri menegaskan tanggungjawab membendung isu ini dipikul bersama ibu bapa, guru, komuniti dan agensi berkaitan.
- Ibu bapa digesa lebih peka, segera membuat laporan insiden buli ke JKM melalui talian 15999, manakala kesedaran undang-undang perlu dipertingkatkan.
“Dari sudut kementerian kita ada program advokasi kanak-kanak, “Kasih Kanak-Kanak”, kita pergi ke sekolah dan di situ kita biasanya bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi-agensi yang lain dan kementerian-kementerian yang lain.
“Ini untuk memberi peluang untuk mereka menerangkan apakah tanggungjawab mereka dan bagaimana ia memberi kesan kepada kanak-kanak dengan izin supaya murid-murid di sekolah ini dapat memahami isu buli.
“Namun dari segi protokolnya kita melihat tanggung jawab itu terutama sekali di barisan hadapan ialah ibu bapa, para guru, jiran,” katanya ketika melakukan lawatan di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.
Beliau hadir ke Astro bagi melakukan penggambaran promo digital untuk bagi drama bersiri Astro, Mandul Bukan Pilihan) yang turut ditayangkan melalui platform sooka selain sesi temubual khas bersama Astro AWANI, MIX FM dan Lite FM berhubung topik Anti Buli.

(Dari kiri) Datuk Seri Nancy Shukri bersama Pengarah Astro Radio, Priya Prabakaran selepas selesai sesi temubual bersama Mix FM. - Foto Astro
Mengulas lanjut, Nancy berkata, ibu bapa juga harus prihatin serta mendengar aduan anak-anak dan segera membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi talian bantuan 15999 sekiranya berlaku insiden buli atau penderaan di sekolah mahupun rumah.
“Bila kita melihat isu buli ini semakin berleluasa, kita sepatutnya risau dan lebih peka.
“Kita harus execute the law (melaksanakan undang-undang) agar ia menjadi bentuk pengajaran bagi pelajar-pelajar.
“Undang-undang memperuntukkan kesalahan buli itu sememangnya sudah ada, jadi tahap kesedaran dalam kalangan orang ramai harus dipertingkatkan lagi, sebab ramai remaja yang fikir mereka boleh escape (terlepas) daripada hukuman.
“Bila kita lihat kes buli semakin membimbangkan, kita harus pikul tanggungjawab ini bersama,” tambahnya.

(Dari kiri) Datuk Seri Nancy Shukri bersama penyampai MIX FM, Hani Fadzil. - Foto Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami