Terkini: Kes Kematian pelatih Palapes UTM – Ikuti Perkembangan di Sini
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 26/08/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 Ogos 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 Ogos 2025.


1. Kematian pelatih PALAPES: Mahkamah Tinggi perintah kubur Syamsul Haris digali semula

Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini memerintahkan kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu di Semenyih, Selangor digali semula.



2. Malaysia kecam perancangan Israel ambil alih Gaza secara ketenteraan

Malaysia mengecam sekeras-kerasnya perancangan Israel untuk mengambil alih Gaza secara ketenteraan yang disifatkan sebagai usaha menjajah wilayah Palestin secara kekal, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.


3. Projek ETS3 ke Johor Bahru dijangka beroperasi Dis 2025 - Loke

Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS3) bagi laluan selatan ke Johor Bahru dijangka mula beroperasi Disember tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.


4. KDN bentang RUU baharu tahun depan, pastikan kelancaran RTS Link JB-Singapura

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) di Parlimen pada Februari tahun depan bagi memastikan kelancaran operasi Rapid Transit System (RTS) Link Johor Bahru - Singapura.


5. KPM jalan siasatan dalaman, teliti kes pelajar jatuh asrama sekolah - Fadhlina

Kementerian Pendidikan (KPM) telah memulakan proses siasatan dalaman bagi meneliti semua aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sebuah sekolah di Sabak Bernam berikutan kejadian seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah terbabit.


6. Kubur Syamsul Haris akan digali secepat mungkin - Saifuddin

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggali semula kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Syamsul Haris Shamsudin, 22, secepat mungkin bagi menjalankan bedah siasat kedua susulan arahan Mahkamah Tinggi Shah Alam, pada Selasa.


7. Pelajar jatuh asrama di Sabak Bernam: Mangsa ditidurkan, alami kecederaan kepala dan otak

Pelajar Tingkatan Tiga yang dipecayai jatuh dari aras tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam kini sedang ditidurkan selain menerima rawatan lanjut di Hospital Sungai Buloh, Selangor.


8. PM Anwar gesa GLIC tingkat pelaburan dalam usaha kurangkan jurang digital

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa syarikat-pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk meningkatkan lagi pelaburan dalam usaha untuk mengurangkan jurang digital dalam kalangan rakyat.


9. AI teras pembangunan modal insan, daya saing negara - PM Anwar

Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam menguasai teknologi kecerdasan buatan (AI) yang menjadi teras kepada pembangunan modal insan dan daya saing negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


10. Semua pihak perlu bersatu tangani buli - Nancy Shukri

Gejala buli di Malaysia menjadi isu yang semakin membimbangkan ketika ini.














#berita pilihan #tempatan #kecerdasan buatan #PDRM