MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 01/09/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 Septembar 2025.

1. Penetapan ekonomi global seterusnya harus ditulis dengan ‘dakwat Asia’ - PM Anwar

Anwar seru hubungan saling kebergantungan yang memperkukuh kedaulatan, dengan Asia sebagai enjin pertumbuhan dan pemegang masa depan global.

2. Pembaharuan Semula Bandar bukan untuk halau penduduk asal - Nga Kor Ming

Sebanyak 534 tapak telah diwartakan di seluruh negara, dengan bacaan kedua RUU dijadualkan pada 6 Oktober dan pelaksanaan dijangka bermula 1 Januari 2026.

3. AS ucap tahniah kepada Malaysia sempena Hari Kebangsaan ke-68

AS dan Malaysia menikmati hubungan kerjasama yang kukuh dan berpanjangan sejak beberapa dekad lalu, berteraskan nilai keamanan, keselamatan dan kemakmuran.


4. Laporan bedah siasat kematian pelatih PALAPES dijangka siap dalam tiga bulan - Peguam

Laporan bedah siasat berhubung kes kematian pelatih PALAPES UTM, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, dijangka diketahui dalam tempoh tiga bulan.


5. Rusuhan Indonesia: Prabowo tegas, tidak akan berganjak berdepan 'mafia' dan dalang

Prabowo berkata, beliau menerima amanah daripada rakyat dan telah bersumpah untuk menjalankan tugas berdasarkan lunas undang-undang.


6. Asia perlu laksana kesalingbergantungan berdaulat untuk bina masa depan yang teguh - Anwar

Perdana Menteri menggesa negara-negara Asia merintis laluan kesalingbergantungan berdaulat bagi memupuk kestabilan dan keamanan global.


7. SCO 2025: Anwar kritik PBB, dakwa wujud defisit kepercayaan terhadap sistem antarabangsa

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengkritik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atas kegagalannya mempunyai aspirasi untuk melaksanakan agenda reformasi urus tadbir badan tersebut.


8. Tiada rakyat Malaysia di Pakistan terjejas susulan gempa bumi bermagnitud 6.0 di Afghanistan

Tiada rakyat Malaysia di Pakistan dilaporkan terjejas susulan gempa bumi bermagnitud 6.0 yang melanda di timur Afghanistan lewat Ahad dan mengorbankan sekurang-kurangnya 800 orang serta menyebabkan kerosakan besar.


9. Op Sikaro: SPRM siasat 14 syarikat salah guna lesen import, beku akaun bank RM218 juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan RM218 juta akaun bank milik individu dan syarikat, serta menggantung beberapa lesen import yang disalah guna dalam kegiatan import rokok, tembakau dan cerut secara tidak sah.


10. Lapan wira sukan termasuk Pearly-Thinaah dilantik Ikon Perpaduan 2025

Lapan wira sukan negara termasuk beregu wanita utama yang juga Naib Juara Kejohanan Badminton Dunia Pearly Tan-M. Thinaah dilantik sebagai Ikon Perpaduan Tahun 2025.



#berita pilihan #berita tempatan #berita dalam negara #Berita AWANI