MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 September 2025.
1. PM Anwar seru umat Islam hayati teladan Rasulullah SAW dalam pembinaan negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam menjadikan teladan Rasulullah SAW sebagai panduan dalam usaha membina bangsa dan negara yang berteraskan nilai kemanusiaan serta keadilan.
2. Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Khairul Aming terima anugerah sempena Maulidur Rasul 2025
Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abdul Rashid Hussain, telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul 2025 dalam majlis sambutan peringkat kebangsaan yang berlangsung di MAEPS, Serdang, hari ini.
3. Dua kanak-kanak lemas: Lelaki, teman wanita direman seminggu
Seorang lelaki dan teman wanitanya direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kematian dua kanak-kanak yang lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor ke dalam Sungai Linggi di Tanjung Agas, Port Dickson semalam.
4. Van jenazah dicuri: Bilal terkilan van belum sempat guna, mengalu-alukan sumbangan
Pengurusan Surau Nurul Haq di Kampung Sungai Sayong 1 di Kulai, meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan insiden van jenazah milik surau itu yang dicuri dan kemudiannya remuk teruk akibat terlibat dalam kemalangan, semalam.
5. Dikejar 30 minit sebelum ditangkap cuba menyelinap masuk Malaysia
Cubaan dua lelaki warga Indonesia menyelinap masuk ke negara ini melalui laluan haram gagal selepas bot pancung yang dinaiki mereka ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor di perairan Morib awal pagi ini.
6. Tiada lagi pendakwaan, warga asing 'overstay' kurang 90 hari dikenakan kompaun - Saifuddin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan melaksanakan tindakan kompaun ke atas warga asing yang tinggal lebih masa tidak melebihi 90 hari di negara ini, berkuat kuasa serta-merta.
7. Laporan 100,000 rumah tidak terjual kurang tepat, pasaran kekal stabil - KPKT
KPKT menjelaskan laporan media mengenai lebih 100,000 unit perumahan tidak terjual di pasaran adalah kurang tepat serta tidak mencerminkan keadaan sebenar sektor hartanah negara yang kekal stabil dan terkawal.
8. Rakyat boleh kritik tapi jangan samakan dengan fitnah, keganasan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mengalu-alukan kritikan namun ia tidak boleh disamakan dengan fitnah, ugutan atau keganasan.
9. Semakan kenaikan kadar Elaun 'On-Call' dibentang kepada Kabinet dalam masa terdekat - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) akan membentangkan semakan kenaikan kadar Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat untuk pertimbangan dan kelulusan agar pelaksanaannya dapat direalisasikan pada 2026.
10. Lima penuntut IKM maut kemalangan
Lima pelajar Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan termasuk sebuah treler di Jalan Sulaman Gayang, berhampiran Pusat Latihan Rela Tuaran, pada Jumaat.