awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
11/09/2025
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 11 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 11 September 2025.
1. Inkues Zara Qairina: Koroner, pihak terlibat lawat lokasi kejadian
Koroner, pendakwa raya, polis forensik dan JBPM hadir untuk mendapatkan gambaran jelas sebelum prosiding disambung di mahkamah pada jam 2 petang.
2. PM Anwar terima Anugerah Kepimpinan Kewangan Islam Global 2025
Anwar menegaskan bahawa anugerah tersebut mewakili sumbangan ramai pihak termasuk perintis, sarjana dan institusi kewangan tempatan yang membina asas kukuh kewangan Islam.
3. Kes Zara Qairina: Bekas guru besar didakwa ancam pakar patologi
didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(2) akta sama.
4. Protes Kampung Sungai Baru: Suasana tegang, OCPD cedera pada kepala
Suasana tegang tercetus di kawasan Kampung Sungai Baru, Kampung Baru selepas beberapa penduduk yang berdepan tindakan pengusiran enggan berpindah dari kediaman masing-masing.
5. Tahanan rumah: Permohonan Najib untuk hakim baharu tarik diri gagal
Ketika menolak permohonan bekas perdana menteri itu, Hakim Loke memutuskan bahawa isu berat sebelah tidak timbul dalam permohonan substantif tersebut.
6. Bekas jurulatih Lee Zii Jia, Wong Tat Meng dilaporkan kemalangan, dalam keadaan kritikal
Wong Tat Meng, dilaporkan sedang berada dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua motosikal di Sydney, Australia hujung minggu lalu.
7. Buli di sekolah mesti dilaporkan, jangan sembunyi - Fadhlina
Setiap kejadian buli di sekolah mesti dilaporkan tanpa kompromi dan tidak boleh disembunyikan, selain perlu disiasat secara telus mengikut garis panduan sedia ada di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan (KPM), kata Menterinya Fadhlina Sidek.
8. Kerajaan seru pandangan awam berhubung cadangan penubuhan Tribunal Antibuli
Kerajaan menyeru seluruh lapisan masyarakat untuk memberi pandangan, idea dan teguran berkenaan cadangan penubuhan Tribunal Antibuli, sebelum penggubalan rang undang-undang (RUU) berkaitan dimuktamadkan.
9. Punca kematian Zara Qairina ditentukan melalui pemeriksaan klinikal, imbasan CT - Pakar patologi
Pakar patologi forensik memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa punca kematian Zara Qairina Mahathir ditentukan melalui pemeriksaan klinikal dan imbasan CT yang dijalankan ketika mangsa masih bernyawa.
10. Anak-anak perlu kuasai AI tanpa abai agama dan budaya - PM Anwar
Generasi muda perlu dilatih untuk menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital, namun dalam masa sama tidak boleh mengabaikan peranan agama serta budaya sebagai benteng mempertahankan jati diri negara.

Topic Berkaitan
#berita pilihan
#tempatan
#kecerdasan buatan
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan