awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKM perkukuh saringan di pintu masuk antarabangsa susulan wabak Nipah di India
Agong berangkat pulang selepas akhiri lawatan khas di St Petersburg
Trump yakin AS–Korea Selatan mampu capai penyelesaian selepas ancam tarif 25 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas jurulatih Lee Zii Jia, Wong Tat Meng dilaporkan kemalangan, dalam keadaan kritikal

Astro Arena
Astro Arena
11/09/2025
06:57 MYT
Bekas jurulatih Lee Zii Jia, Wong Tat Meng dilaporkan kemalangan, dalam keadaan kritikal
Tat Meng merupakan individu yang bertanggungjawab membantu Zii Jia meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris tahun lalu. - Stadium Astro
BEKAS jurulatih perseorangan negara, Wong Tat Meng, dilaporkan sedang berada dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua motosikal di Sydney, Australia hujung minggu lalu.

Ringkasan AI
  • Bekas jurulatih perseorangan negara, Wong Tat Meng, kini berada dalam keadaan kritikal di ICU selepas terlibat dalam kemalangan motosikal di Sydney, Australia.
  • Kemalangan berlaku di Putty Road, Garland Valley, melibatkan dua motosikal; seorang penunggang maut di lokasi, manakala Tat Meng, 58, dikejarkan ke hospital.
  • Tat Meng pernah melatih Lee Zii Jia, membantu meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris tahun lalu.

Menurut laporan, dua buah motosikal bertembung di Putty Road, Garland Valley dan salah seorang penunggang dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Laporan berkenaan juga memaklumkan seorang lagi penunggang berusia 58 tahun dikejarkan ke New South Wales oleh pasukan perubatan dalam keadaan kiritkal.
Individu berkenaan dilaporkan merupakan bekas jurulatih kepada perseorangan negara, Lee Zii Jia, iaitu Tat Meng.
Doakan kesembuhan buat Coach Wong Tat Meng, bekas jurulatih Lee Zii Jia (gangsa Olimpik Paris), yang kini bertarung nyawa selepas kemalangan motosikal di Sydney. Semoga beliau terus kuat & segera pulih. Berita lanjut menyusul. #BadmintonFamily #PrayForWTM@ASTROARENA pic.twitter.com/wScdiF5kkD
— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) September 11, 2025
Tat Meng kini difahamkan berada dalam unit rawatan rapi (ICU) dalam keadaan kritikal.
Sebagai rekod, Tat Meng merupakan individu yang bertanggungjawab membantu Zii Jia meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris tahun lalu. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#bekas jurulatih Lee Zii Jia
#Wong Tat Meng
#kemalangan motosikal
#Sydney
#kritikal
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami