awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba nasihat orang ramai elak hampiri sungai selepas buaya dikesan di Paya Luboh

Bernama
Bernama
15/09/2025
13:29 MYT
Bomba nasihat orang ramai elak hampiri sungai selepas buaya dikesan di Paya Luboh
Pihak BBP menerima panggilan kecemasan pada 11.47 pagi daripada seorang penduduk yang melihat kehadiran reptilia itu di tebing sungai berkenaan. - Bernama
MELAKA: Orang awam dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan sungai di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu di sini selepas seekor buaya sepanjang kira-kira sembilan kaki (2.7 meter) dikesan tengah hari tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Zuraidi Omar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.47 pagi daripada seorang penduduk yang melihat kehadiran reptilia itu di tebing sungai berkenaan.
"Sebanyak lapan anggota bersama dua jentera yang digerakkan tiba ke lokasi kejadian kira-kira 11.50 pagi dan pasukan kami mendapati buaya berkenaan berada di tebing sungai berhampiran jalan kampung.
"Buat masa ini tiada ancaman terus kepada penduduk, namun kami menasihatkan orang ramai supaya tidak menghampiri kawasan itu demi keselamatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Zuraidi berkata keadaan tebing sungai yang tinggi menyukarkan akses untuk menangkap haiwan itu dan pemantauan hanya dijalankan sehingga situasi disahkan terkawal.
Beliau berkata pihaknya telah merujuk kes itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka untuk tindakan lanjut kerana ia melibatkan hidupan liar.
Menurut Zuraidi, operasi berkenaan tamat pada 12.40 tengah hari dengan pasukan kembali ke balai selepas memastikan kawasan berada dalam keadaan selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buaya
#amaran
#Orang ramai
#bomba
#paya luboh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan