MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 September 2025.
1. 'Pas cuba berunding dengan Anwar, Zahid tanpa pengetahuan Muhyiddin' - Asyraf Wajdi
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, mendakwa Pas kerap beralih arah demi kelangsungan politik.
2.Pastikan MyKad berfungsi untuk nikmati subsidi petrol - Saifuddin Nasution
Subsidi bersasar harga petrol hanya boleh dinikmati apabila MyKad digunakan sebagai pengesahan identiti semasa mengisi minyak.
3. KITA FM catat rekod Malaysia, kukuhkan perpaduan melalui jelajah radio
Pengarah Astro Audio menyifatkan kejayaan ini sebagai hasil kerjasama seluruh pasukan, mencerminkan komitmen untuk menyebarkan perpaduan melalui gelombang radio.
4. Penganggur didakwa bunuh bapa kandung
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya di rumah mereka, minggu lepas. 5. Inkues Zara Qairina: Maklumat peribadi tersebar, prosiding libat saksi pelajar ditangguh
Prosiding inkues yang sepatutnya mendengar keterangan saksi dalam kalangan pelajar pada petang ini ditangguhkan ke Isnin berikutan penyebaran maklumat peribadi saksi di media sosial.
6. Kerajaan pertimbang peruntukan tambahan pascabencana di Sabah - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan menilai keperluan bagi menyalurkan peruntukan tambahan untuk usaha pemulihan banjir dan tanah runtuh di Sabah.
7. Agong prihatin usaha pelihara alam sekitar, kebersihan pulau di Mersing
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan keprihatinan terhadap usaha memelihara kelestarian alam sekitar serta menjaga kebersihan pulau-pulau di perairan Mersing.
8. PM Anwar gesa isu sempadan Thailand-Kemboja diselesaikan melalui JBC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar isu yang belum selesai di antara Thailand-Kemboja di bawa ke meja rundingan Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama (JBC).
9. Inkues Zara Qairina: AGC beri amaran tindakan tegas kebocoran maklumat saksi kanak-kanak
Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, berkata pihaknya memandang serius insiden itu yang disifatkan tidak sepatutnya berlaku kerana melibatkan saksi bawah umur yang identitinya dilindungi undang-undang.
10. Dokumen tambahan: Mahkamah tolak permohonan Najib pinda semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminda permohonan semakan kehakimannya berhubung kewujudan satu dokumen tambahan yang didakwa membenarkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.