MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 September 2025.
Peguam, Datuk Ram Singh membuat laporan polis susulan kebocoran maklumat salah seorang remaja yang diwakilinya sebagai saksi dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir yang tular di media sosial.
Kementerian Pengangkutan (MOT) memperuntukkan RM3.5 juta untuk inisiatif Skim Perlindungan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (LINDUNG Kendiri) pada tahun ini yang memberi manfaat kepada 50,000 pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di seluruh negara.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus menjalankan pemantauan rapi terhadap penularan varian baharu COVID-19, dikenali sebagai XFG, meskipun negara kini berada dalam fasa endemik.
Kementerian Pengangkutan menafikan dakwaan bahawa kontraktor yang terlibat dalam projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara diarah menyemak semula spesifikasi sistem tren elektrik (ET) kepada saiz yang lebih kecil.
Polis mengesahkan menerima laporan pada Jumaat berhubung kebocoran maklumat melibatkan seorang saksi bawah umur dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir.
Polis menutup laluan utama Kerteh-Ranggon kepada semua kenderaan susulan kebocoran paip gas Petronas Berhad (PGB) di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen 5, Kerteh, pada Sabtu.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati 2.3 juta pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) berada dalam status tidak aktif, sama ada telah tamat tempoh atau tidak diperbaharui melebihi tiga tahun.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) kepada 27,674 pelajar Ijazah Sarjana Muda yang memasuki Universiti Awam (UA) dan Politeknik bagi sesi Oktober ini, melibatkan peruntukan RM41.5 juta.
Pulau Pinang menjadi negeri pertama memperkenalkan program 'Skim Strata Bebas Kenderaan Usang' bagi menangani isu lambakan kenderaan terbiar di kawasan perumahan strata.
Skuad Sukarelawan Barisan Nasional (BN) Sabah dilancarkan bagi membantu mangsa yang terjejas dengan bencana alam di seluruh negeri itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami