[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 23/09/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 September 2025.


1. BUDI95: Kerajaan akan perkenal beberapa mekanisme kawalan subsidi RON95

Kerajaan akan memperkenalkan beberapa mekanisme kawalan untuk memastikan pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 berjalan lancar dan tidak disalah guna.



2. GRS akan lantik Timbalan Ketua Menteri dari komuniti Cina jika kembali memerintah

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merancang melantik seorang Timbalan Ketua Menteri daripada kaum Cina bagi mewakili komuniti tersebut sekiranya gabungan parti itu kembali membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.


3. Ringgit terus meningkat, didorong pembaharuan subsidi RON95

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa sekali gus meneruskan kenaikannya apabila keyakinan pasaran didorong oleh pendirian dasar tegas kerajaan susulan rasionalisasi subsidi RON95.


4. 'Polis perlu bertindak, gurauan melampau juga satu bentuk buli' - Asyraf Wajdi

Polis digesa mengambil tindakan tegas dengan segera terhadap sekumpulan pelajar di sebuah institusi pengajian yang didakwa melakukan gurauan keterlaluan terhadap seorang rakan mereka.


5. PM diberi sambutan rasmi penuh istiadat di Istana Presiden Timor-Leste

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan penuh istiadat di Istana Presiden sekali gus menandakan bermulanya sesi rasmi pada hari pertama lawatanbeliau ke Timor-Leste.


6. Inkues Zara Qairina: Saksi dedah arwah dipanggil ke dorm lain, nafi tuduhan mencuri - Peguam

Mahkamah diberitahu bahawa Zara Qairina dipanggil ke dorm lain pada malam 15 Julai untuk disiasat berhubung kes kecurian, dan menangis sambil menafikan tuduhan selepas kembali ke biliknya.


7. Lebih 254,000 dewasa di Malaysia alami obesiti

Lebih 254,000 golongan dewasa Malaysia dikenal pasti mengalami obesiti menerusi Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.


8. MoF nafi dakwaan pembelian RON95 dihadkan sekali sehari

Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaaan pembelian minyak RON95 dihadkan kepada sekali sehari.


9. Perhalusi cadangan tindakan kedua-dua pihak kes rogol 'suka sama suka' - Mufti Kelantan

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamed menyifatkan cadangan Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat agar tindakan undang-undang dikenakan terhadap kedua-dua pihak dalam kes rogol melibatkan hubungan sukarela atau 'suka sama suka' wajar diperhalusi.


10. Persahabatan asas hubungan Malaysia-Timor-Leste - PM Anwar

Hubungan antara Malaysia dan Timor-Leste melangkaui diplomasi rasmi dan mencerminkan persahabatan yang dibina puluhan tahun dalam perjuangan bersama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.






#berita pilihan #tempatan #RON95 #Kementerian Kewangan