MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 September 2025.
Gempa bumi ini tidak membawa ancaman besar dan tiada laporan kerosakan atau kecederaan setakat ini.
Tiada apa yang mampu diluahkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin selain daripada kecewa dan pilu dengan berita kemusnahan Sekolah Afwa Al Aafiyah di Gaza yang menjadi mangsa kekejaman rejim Israel.
Di sebalik ketegasan seorang Timbalan Ketua Polis Negara, tersimpan kisah penuh nilai kehidupan yang membentuk keperibadian beliau hari ini.
Anwar berkata Malaysia akan menggunakan platform diplomasi berkenaan untuk terus menyuarakan isu Gaza dan Palestin.
Seorang murid lelaki di Lenggeng maut selepas terjatuh ke dalam saluran kumbahan sedalam 1.8 meter di sekolah berkenaan dalam kejadian menyayat hati pada pagi Sabtu.
6. Isu dokumen: Takkan kita nak tunduk dengan individu yang khuatir kebangkitan Harimau Malaya - TMJ
TMJ berkongsi surat pengesahan JPN mengenai tujuh pemain Malaysian Abroad yang layak mewakili skuad kebangsaan.
Tiada kapal atau bot menyertai misi Global Sumud Flotilla yang dalam pelayaran ke Gaza menarik diri setakat ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM) Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menegaskan pendirian untuk tidak menyertai himpunan bantahan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) atau Urban Renewal Act (URA) yang dianjurkan oleh Pas.
Finas sedang laksanakan rombakan dalaman bagi memastikan proses permohonan dan kelulusan projek filem lebih adil dan telus, sekali gus membendung amalan tidak sihat.
Malaysia sebagai negara yang berdagang tidak seharusnya menutup pintu ruang dagangan hanya kerana perbezaan politik atau dasar luar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami