MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 September 2025.
1. Gempa bumi lemah landa perairan Batu Pahat
Gempa bumi ini tidak membawa ancaman besar dan tiada laporan kerosakan atau kecederaan setakat ini.
2. Siti Nurhaliza berduka, Sekolah Afwa Al Aafiyah di Gaza musnah diserang Israel
Tiada apa yang mampu diluahkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin selain daripada kecewa dan pilu dengan berita kemusnahan Sekolah Afwa Al Aafiyah di Gaza yang menjadi mangsa kekejaman rejim Israel.
3. Roti canai dan integriti: Pesanan ‘Ata’ melekat di fikiran Ayob Khan
Di sebalik ketegasan seorang Timbalan Ketua Polis Negara, tersimpan kisah penuh nilai kehidupan yang membentuk keperibadian beliau hari ini.
4. PM Anwar tempelak pihak pertikai jemput Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN
Anwar berkata Malaysia akan menggunakan platform diplomasi berkenaan untuk terus menyuarakan isu Gaza dan Palestin.
5. Murid Tahun Tiga maut jatuh dalam saluran kumbahan di sekolah
Seorang murid lelaki di Lenggeng maut selepas terjatuh ke dalam saluran kumbahan sedalam 1.8 meter di sekolah berkenaan dalam kejadian menyayat hati pada pagi Sabtu.
6. Isu dokumen: Takkan kita nak tunduk dengan individu yang khuatir kebangkitan Harimau Malaya - TMJ
TMJ berkongsi surat pengesahan JPN mengenai tujuh pemain Malaysian Abroad yang layak mewakili skuad kebangsaan.
7. Tiada bot Global Sumud Flotilla tarik diri - Nadir Al- Nuri
Tiada kapal atau bot menyertai misi Global Sumud Flotilla yang dalam pelayaran ke Gaza menarik diri setakat ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM) Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
8. Pemuda UMNO tolak sertai himpunan Anti-URA, fokus cari penyelesaian berkesan
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menegaskan pendirian untuk tidak menyertai himpunan bantahan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) atau Urban Renewal Act (URA) yang dianjurkan oleh Pas.
9. Rombakan Finas jamin peluang adil, hapuskan budaya "kartel" - Fahmi
Finas sedang laksanakan rombakan dalaman bagi memastikan proses permohonan dan kelulusan projek filem lebih adil dan telus, sekali gus membendung amalan tidak sihat.
10. Malaysia tidak harus tutup pintu ruang dagang kerana beza politik, dasar luar - PM Anwar
Malaysia sebagai negara yang berdagang tidak seharusnya menutup pintu ruang dagangan hanya kerana perbezaan politik atau dasar luar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.