MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Oktober 2025.
1. SNCC nafi sekeras-kerasnya dakwaan misi GSF tidak bawa bantuan kemanusiaan
Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Israel misi Global Sumud Flotilla (GSF) tidak membawa bantuan kemanusiaan.
2. Pengasas Sapura, Tan Sri Shamsuddin fail prosiding undang-undang terhadap anak-anak
Pengasas Sapura Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir, telah memulakan prosiding undang-undang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap anak-anaknya, Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin serta Brothers Capital Sdn Bhd.
3. Tentera Israel paksa sukarelawan GSF melutut lima jam
Laungan “Free Palestine” oleh sukarelawan Global Sumud Flotila (GSF) menyebabkan pasukan bersenjata rejim Zionis bertindak ganas terhadap mereka.
4. Jemputan Trump ke KL untuk ‘kenduri’ ASEAN bukan 'kenduri' Malaysia - Menteri Luar
Jemputan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Kuala Lumpur adalah sebagai rakan dialog untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan bukan jemputan hubungan dua hala Malaysia-AS.
5. Pannir Selvam dijadual jalani hukuman mati di Singapura pada 8 Okt
Banduan akhir warga Malaysia Pannir Selvam Pranthaman dijadual menjalani hukuman mati di Singapura pada 8 Okt ini, sebulan selepas permohonan pascarayuannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan.
6. Semua 23 aktivis Malaysia ditahan Israel dibebaskan - PM Anwar
Kesemua 23 sukarelawan rakyat Malaysia yang ditahan rejim Zionis ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, dibebaskan.
7. "Jangan risau sangat" - Mesej, lambaian keluarga delegasi Malaysia iringi konvoi FFC hampiri zon kuning
"Support us, doakan kami. Kepada keluarga semua, we love you, jangan risau sangat." Demikian amanat pakar perbidanan dan sakit puan, Dr Fauziah Mohd Hassan yang disampaikan menerusi panggilan video ketika sidang media berkaitan misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC)
8. Semua 23 aktivis Malaysia tiba di Istanbul malam ini, terima kasih sahabat saya Erdogan – PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kesyukuran selepas semua wira dan wirawati negara dalam Global Sumud Flotilla (GSF) dibebaskan dan selamat tiba di Istanbul, Turkiye malam ini waktu Malaysia.
9. Kesemua 23 delegasi Global Sumud Flotilla akan diberi pemeriksaan kesihatan, sokongan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, kesemua 23 sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) kini akan diberikan pemeriksaan kesihatan, sokongan dan bantuan menyeluruh termasuk psikologi.
10. Global Sumud Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual pulang ke tanah air Isnin ini
Kesemua 23 delegasi Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) dan kini berada di Istanbul, Turkiye selepas dibebaskan daripada tahanan tentera Israel, dijadualkan berlepas pulang ke tanah air pada Isnin ini