awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengusaha diberi tempoh hingga Oktober hentikan jualan vape di Perak
Warga emas maut dilanggar pemandu mabuk
[TERKINI] Naik gaji penjawat awam bukan kerana didesak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasas Sapura, Tan Sri Shamsuddin fail prosiding undang-undang terhadap anak-anak

Astro Awani
Astro Awani
04/10/2025
02:10 MYT
Pengasas Sapura, Tan Sri Shamsuddin fail prosiding undang-undang terhadap anak-anak
Shamsuddin memulakan prosiding undang-undang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap anak-anaknya, Shahril dan Shahriman serta Brothers Capital Sdn Bhd.
KUALA LUMPUR: Pengasas Sapura Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir, telah memulakan prosiding undang-undang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap anak-anaknya, Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin serta Brothers Capital Sdn Bhd.
Prosiding itu merujuk kepada dakwaan pelanggaran kewajipan yang timbul daripada usaha menyelesaikan pertikaian keluarga yang berlarutan sejak lebih sedekad lalu.
Ia berkaitan saman terdahulu yang difailkan pada 2012 di Mahkamah Tinggi Shah Alam membabitkan pihak yang sama.
Pertikaian tersebut berpunca daripada petisyen penggulungan difailkan oleh Shahriman pada September 2024, yang antara lain memohon pengagihan aset secara saksama daripada beberapa firma di bawah kawalan beliau dan Shahril.
Shahril menentang petisyen berkenaan dan kes itu kini masih dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sehingga April 2025, proses penggulungan Sapura Holdings dilaporkan ditangguhkan apabila kedua-dua pihak sedang meneroka penyelesaian di luar mahkamah.
Namun, tindakan terbaharu Shamsuddin memfailkan prosiding undang-undang dijangka memberi kesan terhadap perbincangan penyelesaian berkenaan.
Kes tersebut dijangka akan mula dibicarakan dalam beberapa minggu akan datang.
Topic Berkaitan
#pengasas Sapura Holdings
#Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir
#prosiding undang-undang
#Brothers Capital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan