MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Oktober 2025.
Kewibawaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas terbukti dalam usaha memastikan 23 rakyat Malaysia daripada delegasi GSF berjaya dibebaskan.
Ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan terhadap kesemua suspek mengikut Seksyen 385, 342 dan 365 Kanun Keseksaan serta Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971.
KDM mengesahkan akan bertanding di 36 kerusi DUN, termasuk kawasan campuran dan majoriti Cina, bukan hanya tertumpu kepada masyarakat KDMR.
Keputusan supaya rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF menandatangani borang "Permohonan untuk Pelepasan Segera" selepas ditahan adalah untuk mempercepat proses penghantaran pulang mereka.
Seorang lagi mangsa kemalangan pada 27 September lalu yang melibatkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, di sini, telah meninggal dunia pada Ahad.
6. Break The Siege: "Saya sanggup lakukan apa sahaja" - Wartawan Astro AWANI
6. Break The Siege: "Saya sanggup lakukan apa sahaja" - Wartawan Astro AWANI
Syafik Shukri menyeru media Malaysia bersama-sama memainkan peranan aktif dalam menyebarkan maklumat tentang misi kemanusiaan itu, sekali gus memecahkan kepungan haram rejim Zionis Israel.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk menganjurkan sebuah himpunan khas untuk meraikan kepulangan para wira dan wirawati Global Sumud Flotila (GSF).
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menolak dakwaan bahawa beliau sering bertukar parti, menegaskan rekod politiknya tidak wajar disamakan dengan tokoh lain yang kerap berpindah parti.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan yakin tiada sesiapa akan dipinggirkan dalam Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan Jumaat ini.
Jawatankuasa Antarabangsa untuk Menamatkan Kepungan Gaza pada Ahad mengumumkan bahawa konvoi 11 kapalnya kini berada di luar pesisir Iskandariah dalam perairan antarabangsa, kira-kira 560 kilometer (348 batu) dari Gaza.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami