Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Oktober 2025.
Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonan tujuh pemain daripada Persatuan Bolasepak Malaysia untuk mendapatkan kewarganegaraan melalui jalur naturalisasi, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Pemandu van, R Vikneshwaran, 43 tahun, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas tuduhan memandu secara cuai sehingga menyebabkan kerosakan terhadap tujuh buah kenderaan pada Ahad lalu.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima persembahan cadangan Belanjawan 2026 yang dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat esok.
Tujuh daripada sembilan delegasi Malaysia yang ditahan tentera Israel semasa menyertai misi kapal kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition telah bertemu dengan peguam ADALAH yang mewakili mereka.
Peguam Shahlan Jufri berkata, saksi memberitahu Zara Qairina disyaki sebagai individu yang mengambil dompet berisi wang tunai dan kad pengenalan milik rakan sebilik pelajar terbabit.
Beliau menjelaskan, tanah di Kampung Sungai Baru adalah berstatus pajakan selama 99 tahun dan bukannya milik kekal seperti di Kampung Bharu.
Parti Bersatu Sabah (PBS) menyatakan sokongan penuh dan menawarkan diri untuk mengetuai jentera pilihan raya bagi lima penyandang kerusi daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), yang memilih untuk kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menerima 'durian runtuh' bernilai RM460,000 sebagai penghargaan atas kejayaan mereka menakluk dunia dengan merangkul kejuaraan Kejohanan Dunia 2025 di Paris pada 31 Ogos lalu.
“Dua malam saya tak boleh tidur. Sekejap bangun, fikir macam mana keadaan Syafik di sana.”
Demikian luah ibu kepada wartawan AWANI, Syafik Shukri Abdul Jalil, Rodziah Abdullah, selepas penahanan anaknya oleh tentera Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens To Gaza (FFCxTTMG).
Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu beberapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar yang merupakan ahli kumpulan 'Circle-19' telah berpindah sekolah selepas insiden yang menimpa pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami