MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Oktober 2025.
1. Bersatu pecat Wan Saiful, gantung keahlian Wan Ahmad Fayhsal
Selain Wan Saiful, empat lagi ahli turut dipecat selepas sesi pendengaran pada 8 Oktober 2025, berdasarkan siasatan menyeluruh oleh Lembaga Disiplin.
2. Isu Kampung Sungai Baru: Penjelasan Dr Zaliha berdasar rekod kerajaan, bukan tuduhan peribadi - Ashraf
Ashraf menyokong ketegasan Dr Zaliha dalam membetulkan naratif dan yakin pendekatan telus kerajaan akan memulihkan keyakinan rakyat terhadap dasar pembangunan bandar.
3. PRN Sabah: Gagasan Rakyat Sindumin tegas mahu kerusi milik GRS, Yusof sebagai calon
Datuk Yusof Yacob disokong sebagai calon GRS berdasarkan rekod kepimpinan dan komitmen beliau terhadap pembangunan serta kesejahteraan komuniti Sindumin.
4. Pelajar perempuan tingkatan tiga maut ditikam pelajar lelaki di sekolah
Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga maut ditikam pelajar lelaki tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di Petaling Jaya, pada Selasa.
5. Inkues Zara Qairina: Guru dan warden tahu amalan toreh lengan buat ‘barcode’ - Saksi
Mahkamah Koroner dimaklumkan bahawa wujud amalan menoreh lengan dikenali sebagai “barcode” membabitkan segelintir pelajar sekolah SMKA Tun Datu Mustapha.
6. Gencatan senjata di Gaza tidak wajar menjadi sekadar jeda antara peperangan - PM
Usaha gencatan senjata di Gaza tidak seharusnya menjadi sekadar jeda antara peperangan meskipun beliau mengulangi sokongan terhadap inisiatif damai yang disaran Presiden Amerika.
7. Kibar bendera Israel: Polis serah kertas siasatan, pendakwaan dalam masa terdekat
Polis sudah menyerahkan kertas siasatan berkaitan isu pengibaran bendera Israel ketika program "500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza" yang berlangsung di Lembah Sireh, di sini, Jumaat lepas, kepada pendakwa raya negeri hari ini untuk tindakan lanjut.
8. 350,967 pemegang LMM perbaharu lesen sejak pengenalan BUDI95 - Loke
Sebanyak 350,967 pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) membaharui lesen sejak pengenalan subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) setakat 8 Okt lepas, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
9. Penduduk Orang Asli dianggarkan meningkat kepada 227,900 tahun ini - DOSM
Populasi Orang Asli di Malaysia dianggarkan meningkat kepada 227,900 pada 2025 berbanding 213,461 pada 2020 dengan kadar purata pertumbuhan tahunan penduduk sebanyak 1.2 peratus.
10. Kriteria pengecualian bayaran balik PTPTN bagi graduan ijazah kelas pertama disemak semula
Kerajaan menyemak semula kriteria pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi graduan ijazah pertama yang memperoleh keputusan cemerlang bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menerimanya.