MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 19/10/2025 | 15:58 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Oktober 2025.


1. Dua beranak maut di Juru, polis tahan suami bantu siasatan

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan penahanan dibuat polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.



2. PM Anwar hubungi pemimpin Pakistan, Afghanistan gesa hentikan ketegangan sempadan secara diplomatik

Perdana Menteri menegaskan keperluan untuk mencari penyelesaian secara damai melalui saluran diplomasi dan dialog bagi mengelakkan konflik berpanjangan.


3. FAM tidak nafi kewujudan dokumen, rayuan ke FIFA untuk jelaskan tiada unsur pemalsuan - Peguam

Rayuan FAM bertujuan membatalkan hukuman terhadap tujuh pemain warisan dan menegaskan tiada pemalsuan dilakukan oleh pemain atau organisasi.


4. Pendaki maut: Rakan, peserta pulang sebaik tiba di kaki gunung sebab urusan kerja, cuti - Polis

Polis telah merakam percakapan lapan individu bagi membantu siasatan berhubung kematian pendaki, Mustaqqeem Mansor yang ditemukan meninggal dunia di Gunung Liang.


5. PM Anwar bidas pihak lontar pandangan berlebihan pelan damai Gaza

Beliau membidas tindakan sesetengah pihak yang melontarkan pandangan berlebihan berhubung rundingan pelan damai yang dikemukakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.


6. Kematian dua beranak akibat tetakan belakang leher - Pakar perunding patalogi

Kedua- dua mangsa dipercayai ditetak dengan menggunakan senjata tajam dan berat dipercayai pisau pemotong daging.


7. 'Perbuatan suspek terlalu kejam, lebih teruk daripada binatang' - Abang mangsa bunuh

Abang kepada mangsa, meluahkan rasa sedih dan marah terhadap pembunuhan kejam adiknya dan anak angkatnya yang berusia 11 tahun di Kampung Sekolah Juru.


8. Salah guna MyKad: JPN perkukuh sistem pengesahan identiti

JPN memberi jaminan keselamatan sistem MyKad akan terus diperkukuh, khususnya bagi memastikan ketepatan data dan keselamatan identiti penerima subsidi bersasar.


9. PRN Sabah: GRS, PH sudah selesai rundingan kerusi, nafi wujud 'isu dalaman' - Hajiji

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor menafikan wujud 'isu dalaman' antara GRS dan Pakatan Harapan (PH) berkaitan pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.


10. SPRM tahan bekas pekerja badan berkanun terlibat sindiket seleweng dana zakat

SPRM Kuala Lumpur menahan seorang bekas pekerja wanita sebuah badan berkanun pada 18 Oktober kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyelewengan wang zakat berjumlah kira-kira RM120,000 melibatkan 28 pemohon tidak layak.



#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI