awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran pulihkan sebahagian akses internet
Museveni menang Pilihan Raya Presiden Uganda
PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka tujuh tawaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar hubungi pemimpin Pakistan, Afghanistan gesa hentikan ketegangan sempadan secara diplomatik

Astro Awani
Astro Awani
19/10/2025
02:00 MYT
PM Anwar hubungi pemimpin Pakistan, Afghanistan gesa hentikan ketegangan sempadan secara diplomatik
Perdana Menteri Anwar mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, dan Pemangku Perdana Menteri Afghanistan, Mullah Mohammad Hassan Akhund lewat malam tadi. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, dan Pemangku Perdana Menteri Afghanistan, Mullah Mohammad Hassan Akhund, lewat malam tadi bagi menyuarakan kebimbangan Malaysia terhadap peningkatan ketegangan di sempadan kedua-dua negara itu.
Perdana Menteri menegaskan keperluan untuk mencari penyelesaian secara damai melalui saluran diplomasi dan dialog bagi mengelakkan konflik berpanjangan yang hanya akan membawa kesengsaraan kepada rakyat serta menjejaskan keamanan dan kestabilan rantau berkenaan.
Dalam perbualan itu juga, beliau menzahirkan rasa dukacita dan simpati mendalam atas musibah banjir yang melanda Pakistan serta gempa bumi yang menggegarkan timur Afghanistan baru-baru ini.
Kata Anwar, Malaysia akan terus berdiri teguh bersama Pakistan dan Afghanistan, selain bekerjasama dengan komuniti antarabangsa dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan serta memperkukuh semangat persaudaraan Islam.
Dalam masa sama, beliau turut menyatakan sokongan terhadap segala inisiatif ke arah keamanan dan kestabilan serantau termasuk rundingan damai yang sedang dikendalikan di bawah kelolaan Kerajaan Qatar
Topic Berkaitan
#pakistan-afghanistan
#ketegangan sempadan
#PM Anwar Ibrahim
#Shehbaz Sharif
#Mullah Mohammad Hassan Akhund
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan