MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 22/10/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Oktober 2025.


1. Pelajar lelaki didakwa membunuh rakan sekolah

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dengan hukuman maksimum gantung sampai mati atau penjara sehingga 40 tahun dan sebatan jika tidak digantung.



2. Bas ekspres terbakar di Lebuhraya PLUS, tujuh penumpang cedera ringan

Sebanyak 14 anggota dari BBP Ayer Hitam dan BBP Kluang bersama dua jentera FRT serta dua unit EMRS terlibat dalam operasi itu.


3. Kerajaan rangka dasar baharu perkukuh keterjaminan makanan negara - PM Anwar

Kerajaan sedang mempertimbangkan dan memuktamadkan satu dasar baharu berkaitan sektor pertanian, sebagai tindak balas proaktif terhadap cabaran keterjaminan makanan yang semakin kompleks menerusi pendekatan bersepadu yang dipacu misi dan berteraskan bukti.


4. Sidang Kemuncak ASEAN ke-47: Trump tiba di Malaysia Ahad ini

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijadual tiba di Malaysia pada Ahad ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung di ibu negara.


5. Gerakan sekolah selamat serah memorandum kepada Fadhlina, tuntut reformasi sistem pendidikan

SSS menuntut tindakan segera dan reformasi sistem pendidikan, bukan sekadar janji, serta memberi tempoh 30 hari kepada Fadhlina untuk melaksanakan perubahan.


6. Lelaki maut, wanita cedera kenderaan dihempap pokok tumbang

Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas pokok tumbang menimpa kenderaan mereka dalam kejadian ribut serta hujan lebat di beberapa kawasan sekitar ibu negara, petang Rabu.


7. PDRM tawar diskaun saman 70 peratus bermula 1 November

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan diskaun saman trafik sehingga 70 peratus bermula 1 November hingga 30 Disember 2025 sebagai langkah terakhir sebelum pelaksanaan kaedah baharu pembayaran saman bermula 2026.


8. Tiada bukti Najib pernah jejak kaki ke AmIslamic Bank atau guna pengaruh - Pembelaan

Tiada bukti bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menggunakan pengaruhnya atau menjejakkan kaki ke cawangan AmIslamic Bank Berhad di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur seperti yang dinyatakan dalam empat pertuduhan terhadap beliau, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.


9. LLM, PDRM laksana pelan pengurusan trafik komprehensif sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi lebuh raya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan pelan pengurusan trafik komprehensif bagi memastikan kelancaran pergerakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 26 hingga 28 Okt ini.


10. MAHB, MOT, APAD bekerjasama dalam semakan mengenai gangguan perkhidmatan Aerotrain KLIA

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sedang bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk menjalankan semakan mengenai gangguan perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.





#berita pilihan #tempatan #ASEAN #PDRM