Lelaki maut, wanita cedera kenderaan dihempap pokok tumbang

Seorang lelaki disahkan maut selepas kenderaan dinaikinya dihempap pokok pada Rabu. -Gambar Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas pokok tumbang menimpa kenderaan mereka dalam kejadian ribut serta hujan lebat di beberapa kawasan sekitar ibu negara, petang Rabu.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas kenderaan mereka dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut di sekitar ibu negara pada petang Rabu.
- Insiden berlaku di beberapa lokasi termasuk Jalan Metro Prima dan Persiaran Dutamas, dengan pasukan bomba digerakkan untuk kerja penyelamatan dan pembersihan.
- JBPM Kuala Lumpur memaklumkan semua insiden berjaya ditangani segera dan pasukan bomba kekal bersiap siaga menghadapi cuaca buruk yang dijangka berterusan.
Menurut jabatan itu, antara lokasi terjejas termasuk Jalan Metro Prima, Kepong Baru; Persiaran Dutamas, Taman Duta; dan Jalan Burung Balam, Taman Bukit Maluri.
"Di Jalan Metro Prima, seorang wanita berusia 30-an dilaporkan cedera selepas kenderaan dinaikinya dihempap pokok tumbang.
"Sementara di Hartamas Regency, Persiaran Dutamas, seorang lelaki berusia 40-an disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) selepas kenderaannya turut dihempap pokok," katanya.
Tambah JBPM Kuala Lumpur, kesemua insiden berjaya ditangani dengan pantas dan kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan segera di semua lokasi terbabit.
"Pasukan bomba akan terus berada dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan berikutan cuaca buruk yang dijangka berterusan dalam tempoh terdekat,” katanya. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


