MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Oktober 2025.
1. PM Anwar tersenarai di tempat ke-10 tokoh Muslim paling berpengaruh dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menduduki tempat ke-10 dalam senarai The World’s 500 Most Influential Muslims edisi 2026, terbitan Pusat Kajian Strategik Diraja Islam yang bernaung di bawah Institut Pemikiran Islam Diraja Aal al-Bayt, Amman, Jordan.
2. Agong terima menghadap PM, dipersembah hasil Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku di Kuala Lumpur, hari ini.
3. Tiga kereta mewah, 727 barangan peribadi Datuk Seri Vida dilelong RM1 juta
Proses lelongan kereta mewah dan 727 barangan peribadi milik usahawan sensasi Datuk Seri Vida yang tertangguh sejak Disember tahun lalu, selesai pada Khamis dengan lelongan bernilai RM1 juta.
4. Inkues: Zara Qairina dipanggil ke dorm lain, empat pelajar lakukan ‘spot check’
Prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir hari ini diteruskan dengan keterangan saksi kanak-kanak ke-27 di Mahkamah Khas Koroner Kota Kinabalu.
5. Kerajaan teliti mekanisme terbaik kawal selia permainan video dalam talian - Fahmi
Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti mekanisme terbaik dan terpantas bagi mengawal selia permainan video dalam talian susulan kebimbangan terhadap keselamatan pengguna, khususnya golongan kanak-kanak.
6. Malaysia gesa APEC terjemah Visi Putrajaya 2040 kepada kerjasama digital yang praktikal
Malaysia menggesa ekonomi-ekonomi APEC menterjemahkan Visi Putrajaya 2040 kepada bentuk kerjasama yang bersasar dan praktikal, khususnya dalam bidang digital.
7. APEC 2025: Malaysia seru pemodenan peraturan perdagangan global
Malaysia menggesa Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) supaya memodenkan peraturan perdagangan global bagi memanfaatkan sepenuhnya digitalisasi dan kecerdasan buatan (AI) demi pertumbuhan yang lebih inklusif.
8. Pendakwaan akhiri hujahan, label Najib sebagai perancang utama jenayah 1MDB
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, bekas perdana menteri itu bukanlah mangsa, sebaliknya perancang kepada jenayahnya sendiri.
9. Bakal jemaah haji disaran semak tawaran dengan TH, elak jadi mangsa penipuan - Mohd Na'im
Bakal jemaah haji diingatkan membuat semakan terlebih dahulu dengan Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum menerima sebarang tawaran menunaikan ibadah itu bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
10. Ada petunjuk baharu usaha kesan, bawa pulang menantu Muhyiddin - Saifuddin Nasution
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan petunjuk baharu dalam usaha mengesan dan membawa balik ahli perniagaan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, yang juga menantu kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.