MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 10/11/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 November 2025.

1. Kes tetak abang ipar hingga putus kepala, pesawah dihadap ke mahkamah

Seorang pesawah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membunuh abang iparnya, bulan lalu.


2. Tempoh reman Namewee disambung hingga Khamis - Polis

Tempoh reman penyanyi rap tempatan Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee bagi membantu siasatan kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan, disambung tiga hari hingga Khamis ini.


3. Ewon serah surat letak jawatan, tumpu kepada agenda ‘Sabah First’ Upko

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko), Datuk Ewon Benedick hari ini mengumumkan bahawa beliau telah menyerahkan surat rasmi peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


4. Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM2,000 - Sanusi

Pembayaran bantuan itu akan dibuat secara berperingkat, iaitu pada Januari dan Mac 2026.


5. Bicara kes salah guna kuasa, pengubahan wang haram Muhyiddin bermula 9 Mac 2026

Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukan melibatkan suapan berjumlah RM232.5 juta dan menerima wang RM200 juta hasil aktiviti haram akan bermula pada 9 Mac 2026 di Mahkamah Tinggi.


6. Laluan Jalan Masjid India ditutup sementara susulan mendapan jalan

Sebahagian laluan di Jalan Masjid India ditutup sementara kepada kenderaan susulan kejadian mendapan permukaan jalan yang berlaku pagi ini berhampiran premis Bombay Jewellery di Jalan Bonus.


7. Inkues Zara Qairina: Saksi dedah tomboi pernah ganggu Zara

Saksi remaja bawah umur ke-32 dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir memberitahu mahkamah bahawa Allahyarham mendakwa bahawa dia pernah diganggu oleh seorang pelajar perempuan tomboi yang obses terhadapnya.


8. PRN Sabah: UPKO umum keluar daripada PH

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Harapan (PH) berkuat kuasa serta-merta.


9. 1,333 pendatang tanpa izin ditahan cuba memasuki Malaysia melalui perairan Langkawi sejak 2020

Sebanyak 1,333 pendatang tanpa izin termasuk warga Myanmar etnik Rohingya yang cuba memasuki negara ini melalui perairan Langkawi dan Kedah berjaya ditahan antara 2020 hingga tahun ini.


10. Polis patuh, buka semula siasatan kes kehilangan Amri Che Mat, Pastor Raymond Koh - Saifuddin

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan dua perintah utama yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi berhubung kes kehilangan aktivis Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh.



#berita pilihan #tempatan #Kementerian Dalam Negeri #pengubahan wang haram