Kes tetak abang ipar hingga putus kepala, pesawah dihadap ke mahkamah

Mohd Faizal Awang dibawa ke Mahkamah Majistret Jitra hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
JITRA: Seorang pesawah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membunuh abang iparnya, bulan lalu.
Ringkasan AI
- Pesawah didakwa membunuh abang ipar di Mahkamah Majistret setempat bulan lalu.
- Tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 12 Januari untuk laporan kimia dan forensik, tanpa jaminan kepada tertuduh.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nasruna Anhar Nordien sementara tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 12 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia dan forensik.
Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh.
Sebelum ini Astro AWANI melaporkan seorang lelaki berusia 45 tahun ditemui maut dengan kepala terputus dalam kawasan sawah padi berhampiran rumahnya.
Dalam kejadian itu, kepala mangsa ditemui terpisah daripada badan pada jarak kira-kira satu meter.
Suspek kemudian ditahan polis di sebuah rumah selepas dipujuk selama kira-kira 15 minit, dan dipercayai dalam keadaan masih memegang senjata tajam.
Hasil ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek didapati negatif dadah, namun keluarga memaklumkan lelaki terbabit mengalami gangguan perasaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


