Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 November 2025.
Mahkamah Koroner hari ini mendengar keterangan saksi pelajar ke-35 dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir, yang mendedahkan bahawa Zara pernah mengadu kepada ibunya mengenai tekanan dan ejekan daripada pelajar senior di sekolah.
Universiti Malaya (UM) sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan sebuah artikel dalam jurnal terbitannya telah memetik artikel di laman satira sebagai fakta.
"Andai satu hari nanti saya sudah tiada, ingatlah bahawa setiap nafas terakhir saya dulu adalah kerana kasih dan cinta saya pada kamu semua." Demikian catatan terakhir pesakit kanser, Nassry Mardee Ismail atau lebih dikenali dengan gelaran Cikgu E kepada keluarga tersayang.
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meletakkan calon di 55 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Seramai 13 individu ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan kerana disyaki berhimpun secara haram di luar Istana Negeri, Kubang Kerian di sini semalam.
Sebanyak 55 warganegara Malaysia ditahan di luar negara sejak Januari hingga September lepas kerana disyaki terlibat sebagai "keldai dadah".
Tiada bukti yang menunjukkan penyanyi dan pengarah kontroversi, Namewee, 42, terlibat dalam kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu.
Penjawat awam perlu sentiasa berusaha memperbaiki diri dan menambah baik mutu perkhidmatan, bukan sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu menetapkan perbicaraan kes saman bekas Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan pada 13 Januari 2026.
Sebanyak 79 daripada 1,022 kes rasuah yang dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Januari hingga September tahun ini adalah melibatkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


