MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 November 2025.
1. PM Anwar tegaskan tidak pernah elak jawab soalan Ahli Parlimen pembangkang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab sebarang persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen pembangkang dalam persidangan Dewan Rakyat.
2. MOTAC batal lesen syarikat Kenari Utara Travel & Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen syarikat bas Kenari Utara Travel & Tours Sdn Bhd (No Syarikat: 806799-V) berkuat kuasa 11 Sept lepas.
3. Akta MARA akan dipinda, pastikan tatakelola baik dan kekal relevan - TPM Ahmad Zahid
Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 akan dipinda bagi memastikan agensi itu terus relevan dan ditadbir dengan tatakelola yang baik.
4. PRN Sabah: MUDA sahkan tidak bertanding, kekal pendirian berkecuali
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengesahkan tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.
5. Lebih RM1 bilion aset 1MDB dipulangkan kepada Malaysia baru-baru ini - PM Anwar
Proses pemulangan aset serta dana 1MDB masih diteruskan oleh jawatankuasa khas yang dipertanggungjawabkan termasuk kes di Switzerland dan London, United Kingdom.
6. PRN Sabah: PN tampil 41 calon, 90 peratus muka baharu
Pengerusi PN memaklumkan gabungan itu mengemukakan hampir 90 peratus muka baharu, manakala sekitar 30 peratus adalah calon muda.
7. Kematian pempengaruh Taiwan: Namewee dipercayai ada hubungan istimewa dengan mangsa
Namewee, yang kini direman bagi membantu siasatan kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan, dipercayai mempunyai "hubungan istimewa" dengan mangsa.
8. Cikgu E meninggal dunia, lebih setahun berjuang lawan tiga jenis kanser
Bekas guru yang menjadi perhatian media sosial kerana tabah melawan tiga jenis kanser, Nassry Mardee Ismail, 45, atau lebih mesra disapa Cikgu E, meninggal dunia pada Selasa.
9. Isu royalti: 'PM Anwar faham harapan, aspirasi rakyat Sabah' - Hajiji
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung isu pemberian royalti 40 peratus kepada wilayah itu.
10. 40 peratus hasil Sabah: Rundingan mesti telus, berlandaskan data kewangan - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah menegaskan bahawa rundingan berhubung hak 40 peratus hasil negeri itu yang akan diadakan selepas ini mesti dijalankan secara telus, berlandaskan data kewangan sebenar dan bebas daripada sebarang manipulasi politik.