Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 November 2025.
Ekonomi Malaysia terus berada di landasan kukuh apabila Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) meningkat 5.2 peratus pada suku ketiga 2025, prestasi yang lebih baik berbanding 4.4 peratus pada suku sebelumnya.
Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Fadlun Mak Ujud, akan menyandang jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur mulai Sabtu, menurut pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak merayu berhubung isu Pemberian Khas Sabah berdasarkan kadar 40 peratus hasil, dan akan meneruskan rundingan dengan Kerajaan Negeri Sabah secepat mungkin.
Dua individu termasuk pengasas sebuah program motivasi rumah tangga eHati yang berdepan pendakwaan di mahkamah dipercayai telah melarikan diri ke luar negara.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan segera membaik pulih tiga institusi pendidikan di bawahnya yang terlibat dalam insiden kebakaran baru-baru ini.
Polis mengesahkan tiga laporan telah dibuat Inspektor Sheila melibatkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa insiden membabitkan dirinya.
Sebahagian kawasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terjejas akibat kebocoran air berikutan hujan lebat petang ini.
Malaysia akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara yang adil dan bertanggungjawab, terutamanya dalam membantu Thailand dan Kemboja mencapai penyelesaian berkekalan berkaitan isu sempadan kedua-dua negara.
Hakim wanita tidak pernah diberi layanan istimewa atau dipandang berbeza dengan hakim lelaki kerana mereka dinilai berdasarkan prestasi, kata Hakim Besar Malaya Tan Sri Hasnah Hashim.
Barisan Nasional (BN) berpotensi menjadi blok terbesar bersama Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini, berdasarkan simulasi gabungan kerusi yang realistik.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


