Tidak puas hati, 'Inspektor Sheila' buat tiga laporan polis

Fadil (foto) berkata, laporan pertama yang dibuat wanita itu ialah berhubung ketidakpuasan hati terhadap tangkapan dijalankan terhadapnya di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan. -Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan tiga laporan telah dibuat Inspektor Sheila melibatkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa insiden membabitkan dirinya.
Ringkasan AI
- Tiga laporan polis dibuat oleh Inspektor Sheila melibatkan rasa tidak puas hati terhadap insiden berkaitan dirinya.
- Laporan pertama berkaitan tangkapan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan; laporan kedua mengenai dakwaan tidak dihormati sebagai pegawai kanan (diklasifikasi NFA dan dirujuk kepada JIPS); laporan ketiga terhadap peniaga makanan (diklasifikasi NOD).
- Inspektor Sheila didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menghalang tugas polis, namun mengaku tidak bersalah.
Beliau berkata, laporan kedua pula dikemukakan kerana wanita itu mendakwa anggota polis tidak menghormatinya sebagai pegawai kanan.
"Hasil penelitian, kes itu diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action) sebelum dirujuk kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS)," katanya.
Menurutnya, laporan ketiga dibuat kerana Inspektor Sheila tidak berpuas hati terhadap seorang peniaga makanan di bawah pokok Ketapang.
"Kes ini diklasifikasikan sebagai NOD (No Offence Disclosed) selepas semakan mendapati tiada elemen kesalahan," katanya.
Terdahulu, tular rakaman video di media sosial memaparkan wanita itu didakwa menimbulkan kekecohan di sebuah gerai makan di ibu negara.
Dalam video berdurasi 43 saat itu memaparkan berlaku pertengkaran antara wanita terbabit dengan seorang lelaki dipercayai pemilik gerai berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan, wanita itu didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu atas pertuduhan menghalang tugas anggota polis di hadapan sebuah restoran, minggu lalu.
Inspektor Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah laporan yang dibuat oleh Inspektor Sheila kepada polis? A: Inspektor Sheila telah membuat tiga laporan kepada polis.
- Q: Apakah alasan yang dikemukakan dalam laporan pertama yang dibuat oleh Inspektor Sheila? A: Laporan pertama dibuat berhubung ketidakpuasan hati terhadap tangkapan dijalankan terhadapnya di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
- Q: Apakah klasifikasi kes yang terdapat dalam laporan kedua yang dikemukakan? A: Kes dalam laporan kedua diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action) sebelum dirujuk kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).
- Q: Mengapakah laporan ketiga dibuat oleh Inspektor Sheila berhubung dengan seorang peniaga makanan? A: Laporan ketiga dibuat kerana Inspektor Sheila tidak berpuas hati terhadap seorang peniaga makanan di bawah pokok Ketapang.
- Q: Apa tindakan yang diambil terhadap Inspektor Sheila berdasarkan pertuduhan yang dibacakan kepadanya? A: Inspektor Sheila atau Sheila Sharon Steven Kumar, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

