MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 November 2025.
1. Kes rasuah Sabah: Pendakwaan ambil masa, tidak lindungi sesiapa - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa siasatan terhadap beberapa dakwaan rasuah bagi mendapatkan lesen penerokaan mineral tidak pernah ditutup, namun prosesnya akan mengambil masa.
2. FIFA dedah pegawai FAM terlibat palsukan dokumen pemain warisan
Persekutuan Persatuan Bolasepak Antarabangsa hari ini menerbitkan dokumen yang mendedahkan pegawai pentadbiran Persatuan Bolasepak Malaysia dikenal pasti sebagai pihak yang mengubah dan memalsukan dokumen kelahiran tujuh pemain warisan.
3. Lelaki hilang dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma - Bomba
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan seorang lelaki dihanyutkan kepala air di Sungai Klang, berhampiran Pintasan Saloma petang semalam.
4. FAM bawa kes pemain warisan ke Mahkamah Timbang Tara
Persatuan Bolasepak Malaysia mengesahkan telah menerima dokumen alasan penuh keputusan Persekutuan Persatuan Bolasepak Antarabangsa yang mengekalkan penolakan rayuan berhubung status kelayakan tujuh pemain warisan Malaysia.
5. Wanita nyaris maut, kereta dihempap runtuhan binaan ECRL di Batu Caves
Seorang wanita nyaris maut selepas kenderaannya dihempap runtuhan binaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dalam kejadian di Jalan MRR2, petang Selasa.
6. Inkues Zara Qairina: Pengetua nafi dakwaan nasihatkan ibu tidak buat laporan polis
Pengetua sebuah sekolah agama di Papar yang menjadi saksi dalam inkues kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, menafikan dakwaan bahawa beliau pernah menasihatkan ibu pelajar tersebut supaya tidak membuat laporan polis ketika berada di hospital.
7. PM tegur keras setiausaha politiknya isu beri surat sokongan kontraktor hospital
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan telah menegur tindakan setiausaha politiknya berhubung pemberian surat sokongan kontraktor terhadap projek hospital tahun lalu.
8. Risiko hutang negara kekal terkawal, disokong profil tempoh matang, mata wang baik - MoF
Risiko hutang luar negara secara keseluruhan kekal terkawal, disokong oleh profil tempoh matang dan profil mata wang yang baik, kata Kementerian Kewangan (MOF).
9. Mahkamah benarkan Muhyiddin dapat sementara pasport ke UK
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bagi membolehkan beliau menjalani pemeriksaan kesihatan penyakit kanser pankreas yang dialami serta meluangkan masa bersama keluarga di United Kingdom (UK).
10. Tiada lagi aksi 2025, Zii Jia tumpu kembali ke gelanggang tahun depan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia mengumumkan perjalanan keriernya bagi musim 2025 telah berakhir dengan tumpuan kini diberikan kepada proses pemulihan dan persediaan bagi menghadapi kejohanan pada tahun depan.