Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 24 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 24 November 2025.
PETRONAS menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian penajaan dengan liga berkenaan.
Penutupan itu dilakukan oleh anggota penguat kuasa bagi mengelakkan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan.
PDRM menerima 30 kes secara keseluruhan, dan telah membuat 13 pendakwaan terhadap agensi pekerjaan swasta di bawah Akta 246.
Sebanyak 104 unit rumah melibatkan dua blok pangsapuri kos rendah di Jalan Sepadu 6, Taman United, Seputeh, di sini, diarah dikosongkan serta-merta susulan kejadian tanah runtuh di kawasan cerun berhampiran, pagi Isnin.
Banjir yang melanda beberapa negeri terus bertambah buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 13,921 orang setakat jam 6 petang Isnin.
Malaysia meningkatkan usaha bantuan kecemasan bagi membantu ribuan rakyat yang terperangkap di Hatyai dan kawasan berhampiran akibat banjir yang terus melanda selatan Thailand susulan hujan lebat berterusan.
Keputusan sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh memaksa kerajaan atau enam pihak lain di Mahkamah Tinggi di sini, untuk melaksanakan Titah Adendum bagi membolehkannya menjalani hukuman penjara di rumah atau tidak, ditetapkan pada 5 Januari 2026.
Kerajaan bercadang menggunakan MyDigital ID sebagai satu daripada mekanisme untuk mengesahkan umur pemilik akaun media sosial, kata Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencatatkan kemajuan keseluruhan sebanyak 89 peratus setakat Oktober 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) diminta mempergiat koordinasi dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) serta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) bagi negeri yang terjejas banjir berhubung keperluan di lapangan supaya tindakan segera dapat diambil.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


