PETRONAS nafi sekeras-kerasnya tajaan Liga Bola Sepak Bangladesh

PETRONAS menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian penajaan dengan liga berkenaan. - Foto fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa syarikat itu terlibat sebagai penaja utama Liga Bola Sepak Bangladesh, susulan beberapa hantaran di media sosial yang tular baru-baru ini.
Ringkasan AI
- PETRONAS menafikan dakwaan menjadi penaja utama Liga Bola Sepak Bangladesh, menyatakan bahawa mereka tidak terlibat dalam sebarang perjanjian penajaan dengan liga tersebut.
- Syarikat tersebut menegaskan bahawa mereka tidak memberi kebenaran untuk nama atau jenama digunakan dalam sebarang pertandingan berkaitan.
- Tindakan PETRONAS ini diambil untuk mengekalkan integriti jenama serta memberikan nilai kepada para pemegang kepentingan dan komuniti di mana mereka beroperasi.
Penjelasan ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan awam dan memastikan ketelusan berhubung sebarang aktiviti penajaan yang melibatkan syarikat milik negara tersebut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


