Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 Disember 2025.
Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menghembuskan nafas terakhir sekitar 1.46 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.
Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia maut manakala rakannya parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori pengadun konkrit di Jalan Lunas-Bandar Permata, di Kulim, pada Khamis.
Ahli perniagaan Albert Tei dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Shah Alam hari ini, atas pertuduhan memberi suapan berjumlah RM64,924 kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin bagi membantu mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.
Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di Shah Alam hari ini atas satu pertuduhan rasuah berjumlah RM64,924 melibatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan jika pegawai di pejabatnya boleh diambil tindakan, perkara sama boleh dilakukan di pejabat lain sekiranya timbul isu rasuah atau salah tadbir.
6. Inkues Zara Qairina: "Guru tertekan, takut keluar susulan kecaman netizen" - Saksi
6. Inkues Zara Qairina: "Guru tertekan, takut keluar susulan kecaman netizen" - Saksi
Guru-guru di SMKA Tun Datu Mustapha mengalami tekanan dan ketakutan akibat serangan netizen di media sosial berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir.
7. Kematian pelatih PALAPES: Ibu Syamsul Haris rayu siasatan telus, menyeluruh
7. Kematian pelatih PALAPES: Ibu Syamsul Haris rayu siasatan telus, menyeluruh
Ibu pelatih PALAPES, Syamsul Haris Shamsudin, menuntut pihak berkuasa segera menjejak dan membawa pelaku yang bertanggungjawab atas kematian tragis anaknya ke muka pengadilan.
Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkongsi rancangan badan kehakiman untuk mewujudkan mahkamah tambahan bagi Mahkamah Komersial di Kuala Lumpur bagi meningkatkan keyakinan pelabur dan memudahkan penyelesaian kes komersial dengan lebih pantas.
Hanya esakan tangisan kedengaran sebaik Datin Seri Zizie Izette A Samad tiba di pekarangan kediaman Idang Residen, Luyang di sini untuk menatap jenazah suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin buat kali terakhir.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak perlu menyiasat individu yang mengkritiknya selagi tidak menyentuh aspek jenayah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


