MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 09/12/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 Disember 2025.


1. Ustazah Asma' Harun sebak baca kisah kebaikan arwah Bung Moktar - 'Banyak perkara yang menyentuh hati'

Pendakwah popular, Ustazah Asma’ Harun mengakui dirinya tersentuh selepas satu per satu kebaikan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin sepanjang hayatnya didedahkan orang ramai.



2. Penganggur didakwa bunuh lelaki warga emas

Seorang penganggur, Lin Chee Ming, 49, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Manjung hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas, bulan lalu.


3. Bola Sepak Sukan SEA: Papa saya meninggal dunia pagi tadi - Haqimi Azim

Penyerang skuad B-23 negara, Haqimi Azim Rosli, berdepan ujian berat menjelang aksi menentang Vietnam apabila bapa tirinya, Shahrol Asikin Shariff, meninggal dunia disebabkan serangan angin ahmar sebentar tadi.


4. Penganggur didakwa bunuh lelaki warga emas

Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Manjung di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas, bulan lalu.


5. Saman tertunggak tiada kaitan dengan kelayakan BUDI95 - Loke

Kementerian Pengangkutan (MOT) menafikan dakwaan bahawa kegagalan menjelaskan saman trafik akan menyebabkan pemohon kehilangan kelayakan untuk menikmati subsidi petrol BUDI95.


6. Mesyuarat Khas SPR 16 Disember, bincang tarikh PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag

SPR akan mengadakan satu Mesyuarat Khas pada 16 Disember depan bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag.


7. Projek Kota dan Bandar MADANI berada di landasan tepat - PM Anwar

Projek Kota MADANI Putrajaya dan Bandar MADANI Bukit Jalil berada di landasan yang tepat dengan penerapan sepenuhnya elemen MADANI termasuk konsep sekolah vertikal dan kemudahan komuniti yang lebih bersepadu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim


8. Kerajaan beri jaminan sekolah vernakular tidak akan ditutup

Kementerian Pendidikan memberi jaminan tiada mana-mana sekolah vernakular, termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) akan ditutup di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI.


9. "Mahkamah siber" cabar institusi, proses kehakiman - Ketua Hakim Negara

Perkembangan pesat media sosial dan kebebasan bersuara dalam era digital mencabar peranan institusi kehakiman apabila wujud kecenderungan masyarakat "menghakimi" kes dalam ruang siber sebelum keputusan mahkamah dibuat.


10. Perbicaraan kes Albert Tei di Sabah bermula April depan

Perbicaraan kes ahli perniagaan Albert Tei berkaitan permohonan lesen penerokaan mineral di Sabah akan bermula pada 20 hingga 24 April depan.






#berita pilihan #tempatan #BUDI95 #kebebasan bersuara