Ustazah Asma' Harun sebak baca kisah kebaikan arwah Bung Moktar - 'Banyak perkara yang menyentuh hati'

Ustazah Asma’ berpendapat setiap kisah yang dikongsi bukan hanya menggambarkan sisi sebenar seorang Bung Moktar malah ia turut menjadi iktibar buat semua orang. - Foto Astro Gempak
PENDAKWAH popular, Ustazah Asma’ Harun mengakui dirinya tersentuh selepas satu per satu kebaikan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin sepanjang hayatnya didedahkan orang ramai.
Ringkasan AI
- Ustazah Asma Harun tersentuh dengan kebaikan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang didedahkan orang ramai, menitikkan air mata tanpa sedar.
- Kisah kebaikan Bung Moktar memberi iktibar kepada semua, mengajar untuk melakukan kebaikan tanpa mengira ruang dan meningkatkan hubungan intim dengan Allah.
- Ustazah Asma mendoakan roh Allahyarham Bung Moktar dicucuri rahmat, sementara ramai mula berkongsi cerita tentang kebaikan beliau selepas pemergian beliau.
“Makin sebak pula bila begitu ramai yang menuliskan dan berkongsi tentang kebaikan dan kemulian hati Allahyarham Bung Mukhtar. Boleh jadi kerana beliau begitu berbeza dengan apa yang dilihat dan dinilai.
“Tolak tepi soal politik, cuba baca setiap tangkapan skrin di bawah, hati yang sukakan kebaikan pasti akan terusik, bila saya baca satu demi satu, tanpa sedar air mata pun boleh menitik,” kongsinya.
Dalam masa yang sama, Ustazah Asma’ berpendapat setiap kisah yang dikongsi bukan hanya menggambarkan sisi sebenar seorang Bung Moktar malah ia turut menjadi iktibar buat semua orang.
“Kita belajar dan bermuhasabah diri bahawa banyak perkara daripada beliau yang begitu banyak menyentuh hati kita semua, antaranya ialah lakukanlah sebanyak mungkin kebaikan bila ada peluang hingga tidak ada ruang menceritakan.
“Selain itu, binalah hubungan intim dengan Allah melalui amalan menjaga solat, zikir dan bacaan al-Quran yang istiqamah. Allahuakhbar, bukan mudah ya. Dalam kesibukan mengejar waktu dan urusan beliau dapat istiqamah sampai akhir hayat.
“Marilah kita insafi bersama, perbaiki dan persiapkan diri untuk bertemu kematian sendiri,” ujarnya.
Di akhir perkongsian, Ustazah Asma’ mendoakan agar roh Allahyarham Bung Moktar dicucuri rahmar dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Untuk info, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar telah menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi Jumaat di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu akibat kegagalan fungsi buah pinggang serta jangkitan kuman pada paru-paru.
Jenazah kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas pada hari yang sama.
Sejak pemergiannya, ramai yang mula bercerita mengenai kebaikan yang pernah dilakukan beliau sepanjang hayatnya.
Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


