MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Disember 2025.
1. Undang-undang bakal diperkemas bezakan perasuah dan pemberi maklumat - PM Anwar
Langkah tersebut diambil untuk membezakan antara pemberi maklumat (whistleblower) dan penjenayah yang berselindung di sebalik status selaku pemberi maklumat.
2. PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag pada 24 Jan 2026 - SPR
Tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 10 Jan dan 20 Jan.
3. Kes 3 ditembak mati: Laporan siasatan akan diserahkan kepada AGC hari ini - PM
Siasatan oleh PDRM dilakukan secara telus tanpa sebarang pengecualian, dengan jaminan dari Ketua Polis Negara dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM.
4. Rombakan Kabinet: 10 Menteri, 18 Timbalan Menteri dilantik - PM Anwar
Hannah Yeoh dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dalam rombakan Kabinet Kerajaan Madani yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Putra pada Selasa.
5. Dr Zaliha, Nai’m tiada dalam senarai kabinet baharu PM
Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Nai’m Mokhtar antara nama yang tidak tersenarai dalam kabinet baharu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
6. Angkat sumpah menteri, timbalan Kabinet Kerajaan MADANI pada Rabu - PM Anwar
Upacara angkat sumpah jawatan menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet Kerajaan MADANI akan diadakan di Istana Negara pada Rabu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
7. Prasarana umum pelarasan harga pas perjalanan Rapid KL mulai 1 Jan 2026
Harga beberapa pas perjalanan Rapid KL akan diselaraskan berkuat kuasa 1 Jan 2026, sesuai dengan perkembangan rangkaian pengangkutan awam serta bagi memastikan perkhidmatan yang lebih stabil dan mampan untuk jangka panjang.
8. Pengiktirafan sijil pendidikan termasuk UEC perlu dinilai secara menyeluruh - Zambry
Sebarang perbincangan berkaitan pengiktirafan sijil pendidikan termasuk Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) perlu dinilai secara menyeluruh dan objektif dalam kerangka sistem pendidikan negara sedia ada.
9. AGC arah kes tembak Durian Tunggal diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh
Siasatan polis terhadap kes tembakan melibatkan tiga lelaki yang disyaki perompak di Durian Tunggal, Melaka bulan lalu telah diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.
10. Isu pemain warisan: Tiada pihak dikenal pasti dalam kes pemalsuan dokumen FAM - IIC
Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) yang dibentuk oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan bahawa mereka gagal mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam kes pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya.