MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Disember 2025.
1. Surat terbuka Najib Razak buat rakyat Malaysia
Datuk Seri Najib Razak menulis surat terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia selepas dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion atas kesalahan berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pada Jumaat.
2. "Cukuplah hanya ada satu kes 1MDB dalam sejarah negara kita" - Rafizi
Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan tohmahan tidak berasas melibatkan keputusan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Jumaat.
3. "Tolong jangan tolak tawaran MRSM hanya kerana faktor kemiskinan" – Asyraf Wajdi
Kekangan kewangan tidak seharusnya menjadi faktor kenapa ibu bapa menolak peluang anak-anak mereka yang ditawarkan memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
4. Panglima Tentera Darat bercuti, beri ruang siasatan SPRM - Menteri Pertahanan
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan akan bercuti berkuat kuasa serta-merta.
5. Krisis politik Perlis: Tiada arahan SD, Bersatu hanya serah nama setelah dititah istana - Muhyiddin
Tiada arahan dikeluarkan kepada ADUN Perlis dari Bersatu untuk menandatangani SD, kata Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
6. Krisis politik Perlis: "Jangan curah minyak ke api yang menyala" - Shahidan
Datuk Seri Shahidan Kassim menyeru ahli Pas untuk mengelakkan kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan politik di Perlis.
7. PM Anwar akan melancarkan 'I LITE U' di Bukit Bintang pada 3 Jan
Kawasan Bukit Bintang di ibu negara bakal menyaksikan pemandangan penuh memukau pada 3 Jan ini dengan majlis pelancaran "I LITE U" yang berlangsung di hadapan Pavilion Kuala Lumpur, menandakan pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).
8. Keputusan kes 1MDB manifestasi keadilan, bukan kemenangan politik - ABIM
Keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak harus dilihat sebagai kemenangan politik atau kejatuhan individu tertentu tetapi manifestasi keadilan institusi yang ditegakkan demi kepentingan rakyat dan negara.
9. Zulhelmy dilantik Pemangku Panglima ATM
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain dilantik sebagai Pemangku Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa serta-merta susulan persaraan wajib Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar.
10. Gandingan AI, literasi media sosial penting bina ekosistem maklumat selamat - Fahmi
Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu digandingkan secara strategik dengan pengukuhan celik digital dan literasi media sosial bagi memastikan ekosistem maklumat negara kekal selamat, beretika dan bertanggungjawab, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.