ECRL bukan sekadar projek rel, perkukuh negara sebagai hab jaringan serantau - PM Anwar

Anwar menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi CCCC, Song Hailiang bersama delegasi yang merupakan waktu utama bagi kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan ECRL. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bukan sekadar projek infrastruktur rel, tetapi inisiatif strategik negara serta simbol kerjasama dan persahabatan Malaysia-China, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bukan sekadar infrastruktur rel; ia dianggap inisiatif strategik negara dan simbol kerjasama Malaysia-China, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Anwar menekankan bahawa ECRL boleh memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab jaringan dan logistik serantau di Asia Tenggara, memberi limpahan pembangunan ekonomi kepada industri serta kawasan yang terlibat.
- Pertemuan dengan Pengerusi China Communications Construction Co. Ltd. (CCCC) membincangkan sokongan CCCC terhadap dasar-dasar kerajaan yang selari dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) serta kepentingan memastikan pelaksanaan ECRL mengikut jadual.
"Pertemuan ini menumpukan perbincangan mengenai sokongan CCCC terhadap dasar-dasar kerajaan yang selari dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), selain menyentuh kemajuan semasa ECRL serta kepentingan memastikan projek ini dilaksanakan mengikut jadual dan memberi limpahan pembangunan ekonomi kepada industri serta kawasan yang terlibat.
"Seiring kemajuan projek, saya turut menegaskan kepentingan persiapan rapi bagi fasa operasi ECRL oleh semua pihak berkepentingan," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


