Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 25 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 25 Januari 2026.
Kemanusiaan mengatasi perbezaan kaum, kulit dan agama dan ia ditunjukkan melalui sikap penuh empati seorang jururawat yang tular di media sosial kerana menyantuni pesakit warga emas berbangsa India, baru-baru ini.
Kestabilan politik serta jaminan kesinambungan pembangunan dikenal pasti sebagai faktor utama yang mendorong pengundi memberikan kemenangan bergaya kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, menurut penganalisis politik.
Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah Kecil Cisarua, Kabupaten Bandung Barat, Indonesia pada Sabtu.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Saint Petersburg, Rusia bagi lawatan khas bermula hari ini hingga Selasa (27 Jan).
5. Seleweng dana pelaburan RM300 juta: SPRM sita aset bernilai RM9.7 juta
SPRM menyita p aset bernilai kRM9.7 juta setakat ini, membabitkan siasatan kes penyelewengan dana pelaburan hampir RM300 juta yang dikaitkan dengan seorang individu bergelar Tan Sri.
6. Masters Indonesia: Sze Fei-Nur Izzuddin lengkapkan hatrik gelaran buat Malaysia
Beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, muncul juara dalam Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Istora Senayan, Jakarta.
7. Syarikat makanan halal jadi 'pintu masuk' Malaysia ke pasaran global - Ahmad Zahid
Syarikat pengeluar makanan halal tempatan bukan sahaja menyokong pasaran domestik, malah berpotensi menjadi pintu masuk Malaysia ke pasaran halal global.
8. Cuaca panas, kurang hujan di Semenanjung berterusan hingga 31 Jan - MetMalaysia
Cuaca panas dan kurang hujan dijangka berterusan di kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia terutamanya di bahagian utara, sehingga 31 Jan ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
9. SPA sasar 30,000 lantikan penjawat awam tahun ini
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menyasarkan lantikan 30,000 penjawat awam tahun ini berbanding 25,000 lantikan pada 2025.
10. Jabatan Imigresen tegas banteras amalan 'duit kopi' di pintu masuk negara - KP
Walaupun jumlahnya dianggap kecil, namun amalan 'duit kopi' di pintu masuk sempadan boleh memberi ancaman besar kepada keselamatan negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


