awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah tangguh keputusan kes dua pelajar sekolah vokasional cederakan rakan
Macron percepat usaha luluskan RUU larang media sosial bagi individu bawah 15 tahun
Polis kesan tahanan reman lari dari Hospital Sungai Bakap
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat tanah runtuh di Bandung Barat - Wisma Putra

Bernama
Bernama
25/01/2026
03:00 MYT
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat tanah runtuh di Bandung Barat - Wisma Putra
Pihak Wisma Putra akan terus memantau insiden tanah runtuh di Bandung itu secara dekat dan akan menyalurkan maklumat terkini sekiranya perlu. REUTERS
PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah Kecil Cisarua, Kabupaten Bandung Barat, Indonesia pada Sabtu.
Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra dalam satu kenyataan media pada Ahad memaklumkan bahawa pengesahan itu dibuat berdasarkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa Indonesia.
“Kementerian ini mengesahkan bahawa setakat ini, tiada warganegara Malaysia dilaporkan terkesan akibat insiden ini.
“Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah menghubungi wakil pelajar dan rakyat Malaysia yang berdaftar di Bandung Barat selain berhubung secara aktif dengan Kementerian Luar Indonesia bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai usaha mencari dan menyelamat,” menurut nasihat media itu.
Wisma Putra merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada anggota keluarga mangsa yang terlibat dan mendoakan agar usaha mencari dan menyelamat yang sedang digerakkan oleh pihak berkuasa Indonesia dipermudahkan
Kementerian itu menambah bahawa pihaknya akan terus memantau insiden itu secara dekat dan akan menyalurkan maklumat terkini sekiranya perlu.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta melalui talian +62 813 8081 3036 atau e-mel [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#Indonesia
#Wisma Putra
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan